"EMAS ADALAH PENYIMPAN NILAI KEKAYAAN YANG SEBENAR OLEH ITU REBUTLAH PELUANG YANG DITAWARKAN OLEH PERUNDING EMAS, ANDA AKAN MERASAI KEUNTUNGANNYA"

Wednesday, September 25, 2013

Kelebihan Dealer Public Gold


Terdapat 3 kategori Dealer yang ditawarkan oleh Public Gold dan tiada sebarang yuran bayaran untuk mendaftar sebagai Dealer.
Untuk Mendaftar Sebagai Dealer, anda hanya perlu membuat belian minimum Emas atau Perak atau kedua-duanya sekali dalam amaun minimum yang telah ditetapkan, dan ianya perlu dibuat dalam satu belian.
Normal Dealer – Belian Minimum RM20,000
Priority Dealer – Belian Minimum RM100,000
Master Dealer – Introduce 5 Orang Priority Dealer Sahaja
Normal Dealer,
  • anda perlu membuat Belian Minima RM20,000 dalam satu resit, dan kelebihannya ialah :
  • Setiapkali Membuat Belian Anda Akan Dibayar Komisyen 1%
  • Bila Anda Membuat Jualan Semula Ke Public Gold, Anda Akan Dibayar Komisyen 0.5%
  • Jika Ada Dealer Yang Anda Perkenalkan, Setiapkali Mereka Membuat Belian,
  •  Anda Akan Menerima Komisyen 0.2%
Priority Dealer, 
  • anda perlu membuat Belian Minima RM100,000 dalam satu resit, dan kelebihannya :
  • Setiapkali Membuat Belian Anda Akan Dibayar Komisyen 1.5%
  • Bila Anda Membuat Jualan Semula Ke Public Gold, Anda Akan Dibayar Komisyen 0.5%
  • Jika Ada Dealer Yang Anda Perkenalkan, Setiapkali Mereka Membuat Belian,
  •  Anda Akan Menerima Komisyen 0.5%
Master Dealer,
  • anda perlu memperkenalkan 5 orang Priority Dealer dan kelebihannya ialah :
  • Setiapkali Membuat Belian Anda Akan Dibayar Komisyen 2%
  • Bila Anda Membuat Jualan Semula Ke Public Gold, Anda Akan Dibayar Komisyen 0.5%
  • Jika Ada Dealer Yang Anda Perkenalkan, Setiapkali Mereka Membuat Belian,
  • Anda Akan Menerima Komisyen :
  • 1% Dari Normal Dealer
  • 0.5% Dari Priority Dealer
  • 0.1% Dari Master Dealer
Komisyen yang anda perolehi dari transaksi Belian dan Jualan, akan membantu untuk mengurangkan peratus Spread bagi setiap produk yang anda pilih.
Sebagai contoh ;
Normal Dealer menerima komisyen 1% dari setiap beliannya dan 0.5% bila anda menjualkannya kembali kepada Public Gold. Dari transaksi itu anda telah memperolehi komisyen sebanyak 1% + 0.5% = 1.5%, bererti anda telah berjaya mengurangkan peratus spread sebanyak 1.5% untuk setiap produk yang dibeli.
Semakin tinggi Level Dealer, komisyen yang diterima semakin banyak, bermakna kadar peratus spread yang berjaya dikurangkan semakin besar, menjadikan tempoh keuntungannya semakin cepat dan juga banyak.
Rujuk pada Carta dibawah untuk melihat perbezaan peratus spread diantara pelanggan biasa, Normal Dealer, Priority Dealer dan Master Dealer.
produk public gold 3produk public gold 2produk public gold 1
  • Komisyen hasil transaksi belian dan jualan semula, akan membantu mengurangkan kadar Spread / Susut Nilai produk Emas yang dipilih, menjadikan perbezaan spread nya lebih rendah seperti ini:
  • Bermakna, dengan mendaftar sebagai Dealer anda akan mengurangkan susut nilai produk emas belian anda sekaligus memaksimumkan keuntungan pelaburan anda.
Anda boleh meletakkan nama saya sebagai Introducer anda ketika membeli produk Public Gold, atau boleh berhubung terus dengan saya untuk membuat belian produk emas dan perak, samaada melalui SMS / WHATSAPP / CALL 0125344823.
Atau anda juga boleh membuat Lock Order Melalui Referral Link Public Gold Di :

>>> https://publicgold.com.my/referral/PG001291/77321 <<<

INFO PENTING
Jika anda mendaftar akaun di Public Gold dan membuat pesanan secara online ataupun melalui telefon terus ke Public Gold, ataupun secara walk in ke cawangan Public Gold, anda perlu menyatakan nama introducer anda.
Introducer anda adalah individu yang memberikan maklumat kepada anda mengenai Pelaburan Emas Malaysia, membantu anda baik sebelum, semasa dan selepas anda membuat belian, dan sebaik sahaja anda memulakan Pelaburan Emas.
Jadi, pastikan anda kenal siapa Introducer anda, kerana sebelum ni ramai yang jadi dealer tanpa ada introducer…mungkin ia tidak penting ketika permulaannya, tapi bila timbul sesuatu masalah, anda ada individu yang menjadi rujukan dan membantu mencari penyelesaian…
Anda boleh gunakan maklumat saya sebagai introducer anda, untuk mendapatkan bimbingan intensif saya sebagai mentor anda dari masa ke semasa.
NAMA – NORHAFNI BINTI MD TALIB
DEALER CODE – PG001291
NO HP – 0125344823
*Kalau ada yg belum mengenali sy, sy ucapkan selamat berkenalan… -:)

Tuesday, September 17, 2013

Minat Berniaga Emas?


menjadi_agen_public_goldTahukah anda, posisi terbaik bagi memaksimakan keuntungan pelaburan emas ialah dengan menjadi pelabur + peniaga emas?
Dengan menjadi agen Public Gold, anda akan mendapat komisyen 1%, 1.5% sehingga 2% daripada nilai belian produk Public Gold. Selain dari mendapat komisyen apabila membeli untuk diri sendiri, anda juga akan mendapat komisyen dengan hanya mengajak rakan-rakan anda membeli produk Public Gold.
Anda tak perlu menjual emas. Hanya kongsikan maklumat mengenai Public Gold kepada rakan-rakan anda. Jika mereka berminat membelinya, anda boleh tolong orderkan produk tersebut di Public Gold bagi pihak mereka. Anda akan mendapat komisyen tanpa susah-susah membawa emas.
Mudah kan?
Jika anda berminat untuk memaksimakan keuntungan sebagai pelabur emas, atau anda berminat nak buat income sampingan, maka anda boleh menjadi agen Public Gold.

Berapa modal yang diperlukan untuk menjadi agen?

Public Gold menawarkan 3 kategori agen iaitu agen biasa, agen keutamaan dan master dealer.

Menjadi agen biasa.
Untuk menjadi agen biasa, modal minima yang diperlukan ialah RM20,000 sahaja.
Dengan bayaran RM20 ribu, anda boleh memilih apa-sahaja produk keluaran Public Gold mengikut harga semasa.
Anda boleh memilih untuk membeli:
1. Jongkong emas (999.9)
2. Dinar emas (916)
3. Barang kemas i-series (916)
4. Jongkong Perak (999.0)

Komisyen agen biasa.
1. Bagi agen biasa, anda akan mendapat komisyen 1% daripada nilai belian produk Public Gold
2. Anda mendapat komisyen 0.5% apabila menjual semula produk Public Gold kepada office Public Gold
3. Anda mendapat komisyen 1% jika anda recommend pelanggan baru (yang membeli produk Public Gold)

Menjadi agen keutamaan (Priority Dealer)
Selain dari menjadi agen biasa, Public Gold juga menawarkan anda peluang untuk menjadi priority dealer (agen keutamaan).
Modal yang diperlukan adalah RM100 ribu. Anda perlu membeli sebarang produk Public Gold dengan nilai RM100 ribu di dalam satu order.

Komisyen agen keutamaan (Priority Dealer)
Priority dealer akan mendapat komisyen 1.5% daripada nilai belian dan 0.5% komisyen apabila menjual balik kepada Public Gold.

Wanita dan emas : Perlukah wanita menyimpan emas Sebagai aset atau Perhiasan? Untung disimpan sebagai aset atau perhiasan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian, saya doakan hari ini dan hari-hari mendatang anda sentiasa beroleh keberkatan dan rahmat dariNya.

Tajuk artikel kali ini saya menyentuh sedikit tentang wanita dan emas

1. Perlukah wanita menyimpan emas?
2. Sebagai Aset atau Perhiasan?
3. Yang mana lebih untung, sebagai barang perhiasan sahaja, aset atau bolehkah kedua-duanya menguntungkan?

 
1.    Perlukah wanita menyimpan emas?

Jawapannya: perlu sebagai salah satu cabang pelaburan untuk diri sendiri dan keluarga
Wanita sekarang ramai yang sudah bekerjaya, suri rumah juga tidak seperti dahulu kerana boleh menjana pendapatan sampingan dari rumah. Amat perlu sebagai wanita untuk merancang kewangan sendiri melalui pembelian aset yang boleh menjamin masa depan.
Emas merupakan aset yang paling mudah untuk dimiliki walaupun mempunyai simpanan yang kecil. Jadi mulalah beli emas sebagai aset anda.


2.     Sebagai Pelaburan atau Perhiasan?

Ramai dikalangan wanita yang suka memakai barang kemas tetapi ada juga di kalangan wanita juga yang kurang gemar kerana terdapat pelbagai jenis aksesori lain yang lebih terkini di pasaran untuk digayakan serta sebab-sebab lain lain lagi.
Ok, tak perlu pening saya kongsikan berita baik untuk wanita yang gemar memakai barang kemas kerana, sebagai pelaburan atau perhiasan kedua-duanya boleh berlaku serentak dengan pembelian barang kemas I-series daripada Public Gold

i series


Rekabentuk rantai tangan/rantai leher dan loket I-series dari jarak dekat.
loket dan rantai tangan i series

I-Series atau pun nama penuhnya “Investment Series” direka khas bagi wanita yang sukakan barang kemas sebagai perhiasan dalam pada masa yang sama boleh bertindak sebagai instrument pelaburan, design ini terdiri daripada rantai tangan, rantai leher dan loket. Ketulenan I-series ialah 916 ( 22 karat).

Loket
Berat : 5gm dan 10gm
Rantai tangan
Berat : 10gm
Panjang : 16.5 cm
Rantai Leher
Berat : 20gm
Panjang : 54 cm
Berat : 50gm
Panjang: 53cm
Berat: 100gm
Panjang: 77.5cm

Ciri-ciri I series ini sesuai untuk penggemar barang kemas kerana :

Buatannya padu dan sesuai untuk dipakai harian
Penting untuk pilih buatan yang padu dan mampat kerana sesetengah design barang kemas cantik dipandang tetapi amat nipis dan mudah kemik serta putus.

Harga mengikut pasaran dunia
Harga yang ditawarkan adalah mengikut pasaran dunia, berubah setiap 20 minit dan boleh dilihat terus menerusi laman web www.publicgold.com.my dan jauh lebih murah dari kedai emas.

Tiada upah tukang
Barangan i- series ini, tiada upah tukang jadi penggemar tidak perlu keluarkan bayaran tambahan untuk memiliki set ini.

Susut nilai yang kecil 10% sahaja
Susut nilai untuk barangan i-series adalah kecil iaitu 10%, ini adalah jauh lebih murah berbanding barang kemas yang mempunyai pelbagai corak dan rekabentuk tetapi harga jualan semula amat tinggi sehingga 25% jadi ini merugikan pemilik jika membuat jualan semula.

Boleh dipajak di Ar-rahnu
Barang kemas seperti i-series ini boleh dipajak di Ar rahnu jika pelabur memerlukan wang tunai dengan kadar segera

Jaminan belian balik walaupun kemik atau calar dengan susut nilai yang sama.
Pemilik tidak perlu risau jika barang kemas ini calar, putus atau bengkok kerana pihak Public Gold sedia membeli semula dengan susut nilai yang sama iaitu 10% selagi berat dan ketulenannya kekal sama.

Bagi wanita yang kurang gemar memakai barang kemas anda boleh menukarkan wang simpanan anda kepada dinar atau pun jongkong emas Public Gold.
Ciri-ciri untuk dinar dan jongkong emas Public Gold adalah hampir sama dengan I-series kecuali 3 iaitu
  1. Jongkong atau dinar hanya boleh disimpan tak boleh pakai
  2. Susut nilai untuk dinar dan jongkong lebih rendah berbanding I-series iaitu daripada 4.5% sehingga 8% mengikut produk, boleh lihat susut nilai ini di artikel terdahulu……(susut nilai)
  3. Boleh di pajak di Ar rahnu tertentu sahaja di seluruh negara.

Jongkong dan Dinar Emas keluaran Public Gold
gold bar n dinar       50grm

Secara ringkasnya:
perbezaan kecil i series dan jongkong@dinar

 3.  Yang mana lebih untung,sebagai barang perhiasan sahaja, aset atau bolehkah kedua2nya menguntungkan?

Kedua-duanya menguntungkan pelabur kerana pembelian ini bergantung pada tujuan masing-masing dan target keuntungan, sekiranya pelabur mementingkan keuntungan yang lebih cepat, jadi perlu pilih susut nilai yang lebih rendah iaitu dinar ataupun jongkong, jika tujuan pelabur ialah sebagai barang perhiasan dan dalam masa yang sama mahu beroleh keuntungan melaluinya maka barangan I-series memang menepati ciri-ciri yang diinginkan.
Jadi sebagai wanita, sama ada anda memakai barang kemas atau memiliki produk emas daripada Public Gold , kedua-duanya menguntungkan anda.
Tips mudah untuk anda ialah:
Buat belian secara berkala kedua-dua jenis emas ini iaitu jongkong/dinar dan I-series untuk memvariasikan keuntungan dan tujuan yang berbeza. Contohnya, jika anda memiliki emas dari kategori I-series (barang kemas) maka mudah untuk membuat pajakan di mana-mana ar rahnu berhampiran, sementara jongkong atau dinar membolehkan anda memperoleh keuntungan dengan lebih cepat kerana susut nilainya yang rendah. Jadi , anda boleh jual semula emas anda dalam tempoh yang lebih singkat untuk dapatkan tunai.

Bagaimanakah Emas Public Gold Menguntungkan Anda? Daripada perspektif anda sebagai seorang pelabur

Salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Semoga hari ini anda beroleh keceriaan  dan berkat hendakNya. Artikel ini bertujuan untuk membolehkan anda faham dan bijak membuat pilihan untuk membeli emas daripada perspektif anda sebagai seorang pelabur.
Kenapa pelabur? kerana membeli emas ertinya anda membeli untuk beroleh keuntungan.

Jadi, apakah yang anda inginkan sebagai seorang pembeli @ pelabur emas?, jawapan yang sangat biasa diberikan ialah:

  1. Mestilah nak untung
  2. Nak harga murah, rendah

Tips to Increase Your Business Profit

Jawapan yang pertama “nak untung” adalah yang paling sinonim dengan mana-mana jenis pelaburan. Tetapi dalam konteks pelaburan emas di mana anda sebagai seorang pembeli, amat penting untuk membeli emas daripada syarikat pengeluar emas yang dapat mengutamakan keuntungan anda sebagai pembeli dengan menawarkan susut nilai yang paling rendah.
Susut nilai yang rendah membolehkan anda mencapai target keuntungan melalui pembelian emas dengan lebih cepat.

Oleh itu sebelum beli cuba anda cek terlebih dahulu harga jual dan harga beli emas tersebut sama ada daripada agen ataupun syarikat pengeluar emas tersebut untuk mengetahui susut nilai produk emas yang ditawarkan, adakah ianya memenuhi kehendak anda sebagai pembeli. Kalau rasa ragu-ragu, jangan beli kerana pilihan terletak di tangan anda.
Apabila anda tahu susut nilai yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat pengeluar emas maka lebih mudah untuk buat keputusan membeli mengikut kesesuaian target keuntungan.
# cara nak tahu % susut nilai : (harga jualan – harga belian)/Harga Jualan x 100
Sebagai pembeli @ pelabur, susut nilai yang rendah membolehkan anda memperoleh keuntungan melalui pelaburan emas dengan lebih cepat dan bersesuaian dengan target keuntungan.

Public Gold merupakan satu-satunya syarikat pengeluar emas di Malaysia yang mengutamakan kepentingan pembeli dengan menawarkan susut nilai yang paling rendah keatas produk emas yang dijual.

Kiraan peratus susut nilai contoh dari dalam gambar :
(1729-1591) /1729 x 100 ~ 7.9%, dibundarkan kepada 8%
peratus susut nikai

Bagaimana susut nilai kecil boleh buat anda untung?
Ok berikut adalah contoh pengiraan,perspektif anda sebagai pembeli atau pelanggan bukan agen atau dealer, dan saya ambil anggaran kenaikan emas dalam masa setahun akan datang sekitar 20%

Contoh :
20 gram Public Gold RM3500
kenaikan 20% , iaitu 700= RM4200
RM4200 tolak susut nilai 6% , 252= RM3948
kira untung ( 3948-3500) = RM448  UNTUNG!!

20 gram di kedai2 emas atau syarikat XYZ, RM3500
kenaikan 20% , iaitu 700= RM4200
RM4200 tolak susut nilai 20% , 840= RM3360
kira untung ( 3360-3500) =  (RM140) MASIH BELUM UNTUNG LAGI !!!

Oleh itu, membeli emas keluaran Public Gold merupakan pilihan yang bijak kerana anda sebagai pembeli telah menitik beratkan faktor susut nilai yang kecil, untuk memastikan anda beroleh keuntungan yang maksimum dalam membuat pelaburan emas dalam jangkaan masa yang lebih cepat berbanding membeli emas dengan susut nilai tinggi.
Ini juga selari dengan keistimewaan anda sebagai pembeli kerana fokus utama Public Gold ialah kepada keuntungan pelanggan: Public Gold mementingkan kualiti produk, harga, spread rendah dan keuntungan pembeli sebagai keutamaan nombor satu.
 # Spread ialah perbezaan harga beli dan dan harga jualan semula kepada syarikat, bahasa mudah yang senang faham ialah “susut nilai”

putting customer first


Baiklah, jika ditanya sekali lagi apakah yang anda inginkan sebagai seorang pembeli @ pelabur emas?

Jawapan yang kedua, biasa didengar ialah “Nak harga rendah,murah”.
Ya, di Public Gold anda memang boleh dapat harga emas  yang jauh lebih rendah dari kedai emas dan mungkin juga lebih rendah dari syarikat-syarikat lain di Malaysia yang menawarkan kategori produk yang sama. Ini kerana harga emas di Public Gold adalah mengikut pergerakan harga emas antarabangsa dan bertukar setiap 20 minit.
Untuk pengetahuan pembaca, harga emas di Malaysia tidak di bawah kawalan mana-mana pihak, kedai emas atau peniaga emas bebas menentukan harga yang mengikut kesesuaian syarikat.
Public Gold mampu menawarkan harga jualan yang jauh lebih rendah dari kedai emas dan juga syarikat pengeluar emas yang lain kerana mereka mempunyai kilang sendiri.

Antara yang menjadi pilihan ramai pelabur kerana harga yang mampu milik dan susut nilai yang rendah ialah 1 Dinar.
susut nilai untuk 1 dinar cuma 6% sahaja.
1 dinar
Semakin berat emas Public Gold semakin kecil susut nilainya, seperti jongkong 500gm di bawah susut nilainya ialah 4.5%, semakin kecil susut nilai maka semakin besarlah keuntungan yang bakal anda perolehi sebagai pelabur.

250gm jongkong


Kesimpulannya emas Public Gold memang boleh menguntungkan anda dengan kadar yang lebih cepat apabila harga dan susut nilai yang ditawarkan menyebelahi anda sebagai pelabur. Pilihlah yang memenuhi cita rasa dan kemampuan anda.

Wednesday, September 4, 2013

Alhamdulillah bertemu kita lagi. Semoga Syawal yang berlalu memberikan anda semua suatu Rahmat yang tidak terhingga.Saya berharap agar segala tips diblog ini dapat memberi manfaat kepada anda diluar sana hendaknya.

Baru-baru ini berlaku kenaikan emas dipasaran antarabangsa. Jadi kepada yang sudah memborong pada ketika harga murah iaitu lebih kurang 3 ke 4 bulan lepas sudah pun boleh meraih keuntungan daripada kenaikan emas itu sekarang.


Keuntungan Sebagai Pelabur

Anda rakan saya yang membeli pada ketika harga sekeping dinar RM586 sekeping.
Dan kini harga itu telah pun meningkat sehingga mencecah Rm607 sekeping.

Jadi keuntungannya telah menjadi RM21 sekeping. Iaitu lebih kurang 3% keuntungan daripada harga asal dalam masa 2 bulan.




Keuntungan Sebagai Pelabur + Peniaga emas

Bagi peniaga emas pula kenaikan emas telah menyebabkan mereka mendapat keuntungan sama ada mahu menjual kepada pelanggan ataupun kepada branch kembali.

Jika peniaga emas menjual kepada branch maka keuntungan yang diperolehi adalah sama seperti keuntungan pelabur seperti diatas, tetapi jika menjual kepada pelanggan maka jika diambil kira harga PG Sell (RM646 / sekeping) setakat semasa entry ini ditulis maka keuntungan adalah sebanyak Rm 60 sekeping ataupun sebanyak 10%.

Jadi anda boleh pilih sama ada mahu keuntungan 3% ataupun 10% . Jika harga emas ini masih lagi mengalami kenaikan lebih tinggi sudah pasti % keuntungan juga naik. At least minima keuntungan telah pun mencecah 3%.

Kesimpulan

Tidak perlu pening kepala anda sudah pun untung. Itu kalau sekeping. Kalau ada 100 keping ?? sudah pun untung Rm2200 dalam masa 2 bulan. Boleh la lebihan keuntungan ini tukarkan kepada emas untuk simpanan.

Nak tahu bagaimana emas boleh dijadikan pelaburan dan juga simpanan boleh hubungi saya ditalian 0125344823

Saturday, July 20, 2013

Gempar!!! Strategi Terkini Nak Untung

Alhamdulillah. jumpa lagi kita, Kali ini saya nak bagi ilmu mengapa kita perlu menyimpan emas dan perak daripada sekarang. banyak yang saya nampak ramai orang beli emas tapi tak tahu KENAPA dan MENGAPA mereka perlu menyimpan emas. lagi parah, tak tahu bila nak dapat untung dengan emas.

Ada ayat yang saya dengar. "simpan emas tapi bulan-bulan kena makan megi juga ".

sebab apa ? sebab punyalah sayang dengan emas. Mula-mula beli nak jadikan sebagai aset pelaburan. tapi bila harge emas meningkat. keluar la pulak ayat ni

"Aiseh, harga dah naik ni, sayang la pulak nak jual. takpe tunggu lagi la. kot-kot naik lagi untung".

tunggu punya tunggu. tak jual-jual lagi ni, tiba-tiba zappp... harga emas drop. dah tak sempat nak amik untung. dan anda pun berkata

"Kalau la jual aritu kan dah untung" istila kalau tulah yang buat ada jadi merana

Jadi bagaimana nak mengelak kan perkara ini berlaku ??

Sebab tu saya cakap. senang je. jumpa saya. saya akan terangkan A sampai Z bagaimana nak jana untung semudah ABC tanpa perlu makan megi tiap hari, janji beli emas dan perak dari saya, InsyaAllah berhasil.

Strategi Untung

Saya bagi tips yang paling mudah bagaimana. teknik ni PALING senang dan tak merumitkan. ingat 2 kata kunci dibawah.

BELI pada bulan JANUARI
JUAL pada bulan DISEMBER


sebab apa saya kata camtu, jom lihat graf.



Harga emas daripada 2007 - 2012


Seperti anda dapat lihat. setiap awal tahun harga emas adalah yang terendah berbanding pada akhir tahun, jangan lihat harga yang bergerak setiap saat, hari , bulan or minggu, cukup sekadar beli bulan jan dan jual pada bulan disember anda PASTI untung.

Pengiraan

Saya bagi contoh mudah.

katakan anda mempunyai Modal RM20,000 dan kenaikan purata emas 10%.

Jadi Jan 2009 anda beli emas bernilai RM 20k. hujung tahun Disember 2009 anda jual kesemua emasanda dan anda untung RM2000 (10% kenaikan emas), untung anda ambil la buat tambah emas lagi ke untuk simpanan . kemudian

Jan 2010 anda beli lagi RM20k. Hujung tahun anda jual dapat lagi untung RM2000, tambah lagi emas or nak buat joli.

Jan 2011 anda beli lagi emas RM20k..dan anda ulang seterusnya, lihat!!! Modal anda tidak berkurang bukan, namun tiap-tiap tahun dapat balik modal. dan dapat lagi income untuk nak simpan emas ke atau nak tambah.

Jual bukan bermakna Habis terus, tapi nak ambil profit. Masalahnya ramai yang takut nak menjual dan sayang, sebab tu beli emas 20gram 2009, sampai sekarang tak tahu nak ambil profit bila.

Jadi apa lagi bagi yang dah untung tu. jual la emas anda sekarang, dan Lock emas baru dengan segera sementara harga tengah berada diparas RENDAH.

Hubungi saya ya untuk tempah emas anda dan saya akan reveal secara eksklusif teknik mudah jana keuntungan dengan emas PASTI BERJAYA. ;)

Jika mahu datang seminar PERCUMA bergerak kami diseluruh Malaysia. boleh hubungi saya.

Friday, March 29, 2013

Memikirkan Kegagalan atau Mengalami Kegagalan ?? Mana lebih Baik

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang masih lagi tidak putus memberi rezeki kepada saya, dan dengan rezeki ini saya akan zahirkan dengan ilmu yang saya ingin kongsikan secara PERCUMA kepada para pembaca sekalian, Jadi jangan lupa. tambahkan ilmu anda didalam pelaburan ya..nak tau lebih lanjut.boleh datang seminar yang diadakan setiap bulan.

Semalam semasa berjumpa dengan seorang pelanggan saya, saya sempat menjemput Rakan merangkap sifu saya datang bagi memeriahkan perjumpaan kami.Walaupun beliau didalam "mode" sibuk namun dapat juga beliau meluangkan sedikit masa untuk kami. ternyata kami dapat berkongsi maklumat serta pendapat yang bermanfaat bersama-sama.

Jadi untuk itu, saya ingin mengutarakan beberapa topik perbincangan kami semalam dan diharap juga, para pembaca blog emaskaya dapat manfaat bersama-sama.

Sila lihat tajuk entry pada kali ini, apakah perbezaan antara memikirkan kegagalan dengan mengalami kegagalan ?

Saya bagi contoh mudah.

Seorang tua menyuruh dua orang budak yang bernama Ahmad dan Ali pergi ke kedai membeli sayur. Ali seorang yang negatif, belum pun pergi dia telah pun berfikir beberapa persoalan didalam perjalannya ke kedai

  1. Bagaimana jika hari Hujan.
  2. Bagaimana jika tak cukup duit yang ingin dibawa untuk membeli sayur.
  3. Bagaimana jika bertembung dengan anjing liar

Dan akibatnya Ali membuat keputusan untuk TIDAK pergi ke kedai bagi mengelakkan perkara buruk berlaku terhadap dirinya.Lain pula cerita pada Ahmad, selepas dia tahu apa tujuannya, dia terus pergi menuju ke kedai.walaupun dia tahu segala perkara yang Ali cakap itu akan berlaku, namun dia tidak mengaku kalah.

Semasa didalam perjalanan, hujan turun dengan lebat. jadi Ahmad berhenti berteduh di bus stop dan menunggu sehingga hujan berhenti. Setelah Hujan reda barulah Ahmad meneruskan perjalanan.

Tiba-tiba anjing liar mengejar Ahmad, dan Ahmad pun berlari cuba mengelirukan anjing tadi, dan dia cuba melepasi anjing liar tadi namun tidak berjaya. pelbagai cara dia mencuba namun dia tidak berjaya. Dengan tidak semena-mena dia mendapat idea menghalau anjing tadi dengan menggunakan kayu, ternyata berhasil.  Ahmad meneruskan perjalanannya lagi.

Sampai sahaja dikedai. beliau mula memilih sayur yang ingin dibeli, namun malangnya duit yang dia bawa tidak mencukupi. Jadi Ahmad mendapat akal mencari di kedai yang  lain yang menjual sayur yang sama.Dan ternyata usahanya berhasil. dia menjumpai kedai yang murah serta sayur yang dijual juga sangat segar berbanding dikedai yang sebelumnya.

Dan dia kembali ke rumah dengan Sayur ditangan dan berjumpa kembali orang tua itu dan orang tua tadi menghadiahkan Ahmad dengan Upah yang lumayan, Semenjak itu setiap kali orang tua itu  ingin membeli sayur. Ahmad lah yang akan disuruh dan Ahmadlah yang akan mendapat upah.

Bgi Ahmad pula. dia sudah tahu bagaimana mahu berteduh jika hujan berlaku, dan jika anjing liar engejar apa yang perlu dilakukan. Dan lagi best dia sudah tahu kedai mana perlu ditujui bagi  mendapatkan keperluan. bahkan kesemua orang tua dikampung itu telah menyuruh dia pergi ke kedai. dan upah  dia semakin bertambah dan menjadikan dia antara kanak-kanak yang paling KAYA pada ketika itu

Tamat.




Kesimpulan moral of story,
Ahmad adalah seorang yang berani mengalami Kegagalan. namun dia bangkit walaupun pelbagai rintangan dilalui, dan mengajar dia menjadi lebih baik, semakin banyak rintangan semakin banyak yang dia pelajari. dan akhirnya perkara itu menjadi semakin mudah.dan upahnya semakin bertambah.
Begitu juga di dalam pelaburan serta perniagaan emas. pada permulaan bukannya mudah, saya juga dahulu mula menyimpan emas hanya dengan dinar. namun sikit-sikit, tambah "networking", tambah ilmu. tambahkan modal.


Berbanding Ali yang hanya asyik memikirkan kegagalan. tapi tak bergerak-gerak juga. dan akhirnya.
tiada apa yang berlaku. begitu juga dalam pelaburan emas. jika anda terlalu memikirkan perkara negatif sahaja dan tidak juga menyimpan emas maka sampai bila-bila pun anda tidak akan kemana-mana.

Jadi Mengalami Kegagalan adalah lebih bermakna daripada Memikirkan kegagalan

Waima anda tengok harga emas hari-hari pun dan kaji bertahun-tahun lamanya namun jika anda masih lagi tidak menyimpan emas, keuntungan yang anda mahukan PASTI tidak akan anda temui. Jadi mulai hari ini. sedialah mengalami kegagalan dan bukan asyik memikirkan kegagalan. kerana semakin kuat gagal, makin kuat la anda didalam kehidupan dan semakin TINGGI peluang untuk berjaya.

Allah telah jadikan kita sama sahaja. sebab itu kebanyakan orang KAYA berasal dari susah. yang penting bagaimana kita mahu menjadi KAYA dan apakah langkah-langkah perlu kita ambil bagi mencapai matlamat kita itu. Usaha , usaha dan terus berusaha.

Berjumpa lagi pada akan datang.
 
Nak tempah emas anda boleh hubungi saya 0125344823