"EMAS ADALAH PENYIMPAN NILAI KEKAYAAN YANG SEBENAR OLEH ITU REBUTLAH PELUANG YANG DITAWARKAN OLEH PERUNDING EMAS, ANDA AKAN MERASAI KEUNTUNGANNYA"

Tuesday, September 17, 2013

Wanita dan emas : Perlukah wanita menyimpan emas Sebagai aset atau Perhiasan? Untung disimpan sebagai aset atau perhiasan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian, saya doakan hari ini dan hari-hari mendatang anda sentiasa beroleh keberkatan dan rahmat dariNya.

Tajuk artikel kali ini saya menyentuh sedikit tentang wanita dan emas

1. Perlukah wanita menyimpan emas?
2. Sebagai Aset atau Perhiasan?
3. Yang mana lebih untung, sebagai barang perhiasan sahaja, aset atau bolehkah kedua-duanya menguntungkan?

 
1.    Perlukah wanita menyimpan emas?

Jawapannya: perlu sebagai salah satu cabang pelaburan untuk diri sendiri dan keluarga
Wanita sekarang ramai yang sudah bekerjaya, suri rumah juga tidak seperti dahulu kerana boleh menjana pendapatan sampingan dari rumah. Amat perlu sebagai wanita untuk merancang kewangan sendiri melalui pembelian aset yang boleh menjamin masa depan.
Emas merupakan aset yang paling mudah untuk dimiliki walaupun mempunyai simpanan yang kecil. Jadi mulalah beli emas sebagai aset anda.


2.     Sebagai Pelaburan atau Perhiasan?

Ramai dikalangan wanita yang suka memakai barang kemas tetapi ada juga di kalangan wanita juga yang kurang gemar kerana terdapat pelbagai jenis aksesori lain yang lebih terkini di pasaran untuk digayakan serta sebab-sebab lain lain lagi.
Ok, tak perlu pening saya kongsikan berita baik untuk wanita yang gemar memakai barang kemas kerana, sebagai pelaburan atau perhiasan kedua-duanya boleh berlaku serentak dengan pembelian barang kemas I-series daripada Public Gold

i series


Rekabentuk rantai tangan/rantai leher dan loket I-series dari jarak dekat.
loket dan rantai tangan i series

I-Series atau pun nama penuhnya “Investment Series” direka khas bagi wanita yang sukakan barang kemas sebagai perhiasan dalam pada masa yang sama boleh bertindak sebagai instrument pelaburan, design ini terdiri daripada rantai tangan, rantai leher dan loket. Ketulenan I-series ialah 916 ( 22 karat).

Loket
Berat : 5gm dan 10gm
Rantai tangan
Berat : 10gm
Panjang : 16.5 cm
Rantai Leher
Berat : 20gm
Panjang : 54 cm
Berat : 50gm
Panjang: 53cm
Berat: 100gm
Panjang: 77.5cm

Ciri-ciri I series ini sesuai untuk penggemar barang kemas kerana :

Buatannya padu dan sesuai untuk dipakai harian
Penting untuk pilih buatan yang padu dan mampat kerana sesetengah design barang kemas cantik dipandang tetapi amat nipis dan mudah kemik serta putus.

Harga mengikut pasaran dunia
Harga yang ditawarkan adalah mengikut pasaran dunia, berubah setiap 20 minit dan boleh dilihat terus menerusi laman web www.publicgold.com.my dan jauh lebih murah dari kedai emas.

Tiada upah tukang
Barangan i- series ini, tiada upah tukang jadi penggemar tidak perlu keluarkan bayaran tambahan untuk memiliki set ini.

Susut nilai yang kecil 10% sahaja
Susut nilai untuk barangan i-series adalah kecil iaitu 10%, ini adalah jauh lebih murah berbanding barang kemas yang mempunyai pelbagai corak dan rekabentuk tetapi harga jualan semula amat tinggi sehingga 25% jadi ini merugikan pemilik jika membuat jualan semula.

Boleh dipajak di Ar-rahnu
Barang kemas seperti i-series ini boleh dipajak di Ar rahnu jika pelabur memerlukan wang tunai dengan kadar segera

Jaminan belian balik walaupun kemik atau calar dengan susut nilai yang sama.
Pemilik tidak perlu risau jika barang kemas ini calar, putus atau bengkok kerana pihak Public Gold sedia membeli semula dengan susut nilai yang sama iaitu 10% selagi berat dan ketulenannya kekal sama.

Bagi wanita yang kurang gemar memakai barang kemas anda boleh menukarkan wang simpanan anda kepada dinar atau pun jongkong emas Public Gold.
Ciri-ciri untuk dinar dan jongkong emas Public Gold adalah hampir sama dengan I-series kecuali 3 iaitu
  1. Jongkong atau dinar hanya boleh disimpan tak boleh pakai
  2. Susut nilai untuk dinar dan jongkong lebih rendah berbanding I-series iaitu daripada 4.5% sehingga 8% mengikut produk, boleh lihat susut nilai ini di artikel terdahulu……(susut nilai)
  3. Boleh di pajak di Ar rahnu tertentu sahaja di seluruh negara.

Jongkong dan Dinar Emas keluaran Public Gold
gold bar n dinar       50grm

Secara ringkasnya:
perbezaan kecil i series dan jongkong@dinar

 3.  Yang mana lebih untung,sebagai barang perhiasan sahaja, aset atau bolehkah kedua2nya menguntungkan?

Kedua-duanya menguntungkan pelabur kerana pembelian ini bergantung pada tujuan masing-masing dan target keuntungan, sekiranya pelabur mementingkan keuntungan yang lebih cepat, jadi perlu pilih susut nilai yang lebih rendah iaitu dinar ataupun jongkong, jika tujuan pelabur ialah sebagai barang perhiasan dan dalam masa yang sama mahu beroleh keuntungan melaluinya maka barangan I-series memang menepati ciri-ciri yang diinginkan.
Jadi sebagai wanita, sama ada anda memakai barang kemas atau memiliki produk emas daripada Public Gold , kedua-duanya menguntungkan anda.
Tips mudah untuk anda ialah:
Buat belian secara berkala kedua-dua jenis emas ini iaitu jongkong/dinar dan I-series untuk memvariasikan keuntungan dan tujuan yang berbeza. Contohnya, jika anda memiliki emas dari kategori I-series (barang kemas) maka mudah untuk membuat pajakan di mana-mana ar rahnu berhampiran, sementara jongkong atau dinar membolehkan anda memperoleh keuntungan dengan lebih cepat kerana susut nilainya yang rendah. Jadi , anda boleh jual semula emas anda dalam tempoh yang lebih singkat untuk dapatkan tunai.

No comments:

Post a Comment