Kenapa pelabur? kerana membeli emas ertinya anda membeli untuk beroleh keuntungan.
Jadi, apakah yang anda inginkan sebagai seorang pembeli @ pelabur emas?, jawapan yang sangat biasa diberikan ialah:
- Mestilah nak untung
- Nak harga murah, rendah

Jawapan yang pertama “nak untung” adalah yang paling sinonim dengan mana-mana jenis pelaburan. Tetapi dalam konteks pelaburan emas di mana anda sebagai seorang pembeli, amat penting untuk membeli emas daripada syarikat pengeluar emas yang dapat mengutamakan keuntungan anda sebagai pembeli dengan menawarkan susut nilai yang paling rendah.
Susut nilai yang rendah membolehkan anda mencapai target keuntungan melalui pembelian emas dengan lebih cepat.
Oleh itu sebelum beli cuba anda cek terlebih dahulu harga jual dan harga beli emas tersebut sama ada daripada agen ataupun syarikat pengeluar emas tersebut untuk mengetahui susut nilai produk emas yang ditawarkan, adakah ianya memenuhi kehendak anda sebagai pembeli. Kalau rasa ragu-ragu, jangan beli kerana pilihan terletak di tangan anda.
Apabila anda tahu susut nilai yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat pengeluar emas maka lebih mudah untuk buat keputusan membeli mengikut kesesuaian target keuntungan.
# cara nak tahu % susut nilai : (harga jualan – harga belian)/Harga Jualan x 100
Sebagai pembeli @ pelabur, susut nilai yang rendah membolehkan anda memperoleh keuntungan melalui pelaburan emas dengan lebih cepat dan bersesuaian dengan target keuntungan.
Public Gold merupakan satu-satunya syarikat pengeluar emas di Malaysia yang mengutamakan kepentingan pembeli dengan menawarkan susut nilai yang paling rendah keatas produk emas yang dijual.
Kiraan peratus susut nilai contoh dari dalam gambar :
(1729-1591) /1729 x 100 ~ 7.9%, dibundarkan kepada 8%

Bagaimana susut nilai kecil boleh buat anda untung?
Ok berikut adalah contoh pengiraan,perspektif anda sebagai pembeli atau pelanggan bukan agen atau dealer, dan saya ambil anggaran kenaikan emas dalam masa setahun akan datang sekitar 20%
Contoh :
20 gram Public Gold RM3500
kenaikan 20% , iaitu 700= RM4200
RM4200 tolak susut nilai 6% , 252= RM3948
kira untung ( 3948-3500) = RM448 UNTUNG!!
20 gram di kedai2 emas atau syarikat XYZ, RM3500
kenaikan 20% , iaitu 700= RM4200
RM4200 tolak susut nilai 20% , 840= RM3360
kira untung ( 3360-3500) = (RM140) MASIH BELUM UNTUNG LAGI !!!
Oleh itu, membeli emas keluaran Public Gold merupakan pilihan yang bijak kerana anda sebagai pembeli telah menitik beratkan faktor susut nilai yang kecil, untuk memastikan anda beroleh keuntungan yang maksimum dalam membuat pelaburan emas dalam jangkaan masa yang lebih cepat berbanding membeli emas dengan susut nilai tinggi.
Ini juga selari dengan keistimewaan anda sebagai pembeli kerana fokus utama Public Gold ialah kepada keuntungan pelanggan: Public Gold mementingkan kualiti produk, harga, spread rendah dan keuntungan pembeli sebagai keutamaan nombor satu.
# Spread ialah perbezaan harga beli dan dan harga jualan semula kepada syarikat, bahasa mudah yang senang faham ialah “susut nilai”

Baiklah, jika ditanya sekali lagi apakah yang anda inginkan sebagai seorang pembeli @ pelabur emas?
Jawapan yang kedua, biasa didengar ialah “Nak harga rendah,murah”.
Ya, di Public Gold anda memang boleh dapat harga emas yang jauh lebih rendah dari kedai emas dan mungkin juga lebih rendah dari syarikat-syarikat lain di Malaysia yang menawarkan kategori produk yang sama. Ini kerana harga emas di Public Gold adalah mengikut pergerakan harga emas antarabangsa dan bertukar setiap 20 minit.
Untuk pengetahuan pembaca, harga emas di Malaysia tidak di bawah kawalan mana-mana pihak, kedai emas atau peniaga emas bebas menentukan harga yang mengikut kesesuaian syarikat.
Public Gold mampu menawarkan harga jualan yang jauh lebih rendah dari kedai emas dan juga syarikat pengeluar emas yang lain kerana mereka mempunyai kilang sendiri.
Antara yang menjadi pilihan ramai pelabur kerana harga yang mampu milik dan susut nilai yang rendah ialah 1 Dinar.
susut nilai untuk 1 dinar cuma 6% sahaja.

Semakin berat emas Public Gold semakin kecil susut nilainya, seperti jongkong 500gm di bawah susut nilainya ialah 4.5%, semakin kecil susut nilai maka semakin besarlah keuntungan yang bakal anda perolehi sebagai pelabur.

Kesimpulannya emas Public Gold memang boleh menguntungkan anda dengan kadar yang lebih cepat apabila harga dan susut nilai yang ditawarkan menyebelahi anda sebagai pelabur. Pilihlah yang memenuhi cita rasa dan kemampuan anda.
No comments:
Post a Comment