![]() |
Emas keluaran Public Gold adalah yang terbaik untuk dicairkan |
Jadi jika anda membeli emas dan perak fizikal anda hendaklah tahu dimana mahu menjualnya kembali untuk mendapatkan untung.Walaupun anda membeli berkilo-kilo emas dan perak tetapi susah untuk dicairkan tiada
guna juga.
Dan kebanyakan orang mereka lebih suka melabur didalam skim yang memberikan pulangan secara bulanan.Ini kerana mereka tidak mahu susah-susah tentang kecairan ini. bagi modal dan kemudian tunggu pulangannya.
Tetapi bagi saya ini adalah sangat-sangat berisiko kerana kebanyakan pelaburan emas dan perak jenis skim ini hanya akan menunjukkan kenaikan emas dan perak sahaja.
Cuba kita reverse balik, jika harga emas turun. adakah mereka akan membeli emas kita dan memberi pulangan yang sama setiap bulan?
Sudah pasti syarikat tidak akan membeli emas anda jika mereka sudah pun rugi. Ramai berkata bahawa emas tidak akan turun, tetapi adakah anda sudah mengkaji atau mengikut sahaja kata-kata orang ?
Emas pernah tidak naik selama 10 tahun. Jika anda dapat bertahan selama 10 tahun tanpa mengusik emas anda, tahniah !! anda memang seorang yang kaya.Tetapi bagi golongan pertengahan serta miskin yang sangat-sangat sentiasa memerlukan cash adalah amat sengsara selama 10 tahun melainkan terpaksa let's go emas itu bagi menampung kehidupan.
Ada juga syarikat yang menggunakan teknik pajakan sebagai modus operandi. 35% kita bayar ke syarikat kemudian baki 65% lagi kita bayar setelah mendapat cash dari pajakan. seterusnya, kita membayar bulan-
bulan untuk menebus emas kita tadi barulah emas tadi menjadi milik kita.Jika emas naik takpe, tetapi jika nilai emas turun macam mana cerita plak ??
Selepas 6 bulan apabila menukar surat pajakan sudah tentu anda perlu membayar lebihan cash lagi,
saya tidak mahu sebut syarikat apa tetapi anda boleh kaji sendiri ok. sekadar memberi
penyedaran. tepuk dada tanya akal anda.
Mungkin anda sudah pun mengaut keuntungan kerana anda sudah lama menyimpan dalam skim ni tetapi ingatlah sejarah bakal berulang, bagi yang ingin memulakan pelaburan emas ini janganlah terjebak.
FIZIKAL lagi bagus, anda pegang. at least anything happen kat syarikat, emas masih ada
dalam tangan. dan tanpa pajakan pun anda masih mampu menjana keuntungan.Bermula dari sikit takpe janji selamat. Pelaburan bukan skim cepat kaya, hari ini masuk besok untung.
Tetapi jika untuk simpanan jangka pendek, Emas Dinar adalah pilihan terbaik kerana jika inginkan "cash" cukup sekadar menjual dinar emas anda sekadar yang perlu sahaja.tak kan nak pakai RM400 anda perlu menjual goldbar 20g anda. sudah tentu jual 1 dinar sudah memadai.
Menjadi kaya bukan suatu pelumbaan, ilmu pelaburan yang penting. semoga anda cepat sedar dan mulakan langkah pertama anda dengan betul, hubungi saya untuk bimbingan dan teknik manipulasi emas. jika nak tempah emas anda beli lah beberapa ketul dari saya k.
No comments:
Post a Comment