"EMAS ADALAH PENYIMPAN NILAI KEKAYAAN YANG SEBENAR OLEH ITU REBUTLAH PELUANG YANG DITAWARKAN OLEH PERUNDING EMAS, ANDA AKAN MERASAI KEUNTUNGANNYA"

Tuesday, December 3, 2013

Memulakan simpanan @ pelaburan emas amat mudah walaupun dengan bajet yang kecil! Elak Kebocoran Wang…

Anda suri rumah, pelajar, mahasiswa yang baru start kerja, buat business kecil-kecilan dirumah ? rata-rata yang saya tanya ada yang kata
“bajet kecik jer kak, camna nak beli emas…”
Pelaburan emas sebenarnya tidak memerlukan modal yang besar, bagi anda yang telah yakin dengan potensi pelaburan emas, memadai dengan mempunyai keinginan yang kuat untuk memulakan langkah pertama

Apakah langkah-langkah yang kita boleh buat
1. Tetapkan Target
2. Konsistan
3. Disiplin


1. TetapkanTarget
Target mengikut kemampuan masing-masing
Katakan 1 dinar setahun,
harga sekarang ialah RM600 ( klik sini utk harga semasa https://publicgold.com.my/referral/PG001291/77321)
Jadi sebulan anda perlu simpan sekurang-kurangnya RM50 atau lebih.
Nak mudah lagi sehari simpan RM1.70 atau pun RM2.00, cukup setahun dah dapat kumpul RM600

kumpul duit
suri rumah macam  pun boleh buat…
jom kita ajak anak-anak juga mulakan tabungan dalam bentuk emas , mesti seronok

Jika mampu buat komitmen bayar bulan-bulan serendah 150++, boleh beli secara ansuran dengan kaedah EPP, Easy Payment Purchase. Dengan kaedah ini, anda boleh miliki 3 keping 1 dinar emas dalam masa 1 tahun.


Kenapa nak tukar jadi emas, simpan dalam bentuk tunai tak ok ke?
tukar wang tunai jadi bentuk emas ni macam kita beli tanah juga, tukar wang tunai ke dalam bentuk harta yang lebih bernilai, iaitu aset.
Simpan dalam bentuk tunai ni risiko nak berbelanja dan terbelanja ni amat mudah, so tukar jer jadi emas untuk elak duit bocor.
Emas aset yang mudah dimiliki sebab boleh dibeli dalam bentuk yang kecil2, tak perlu modal puluhan ribu seperti beli hartanah.
otak fikir
 Beza cara kita berfikir bila ada wang tunai atau emas
2. Konsistan

Katakan kita target 3 keping dinar emas setahun, cukup simpanan beli saja, tak perlu tunggu harga jatuh baru nak beli… sebab dah target setahun 3 keping…
jadi tumpukan untuk dapat 3 keping bukan tumpukan kepada harga emas tersebut.
Bila konsistan hati pun tenang sebab niat utama nak capai target, ada orang beli emas hati tak tenang sebab dia rasa beli ketika harga tinggi, dan rasa rugi, sebab utamanya ialah target tak jelas dan pelan tak konsistan
consistency

3.Disiplin
Disiplin yang dimaksudkan disini ialah katakan, sehari RM2.00 atau pun sebulan RM50 mesti diagihkan untuk capai target secara konsistan,tak boleh bulan ni tak simpan bulan depan jer la simpan RM100…no no no…
Kenapa saya kata tak bleh sebab..kita bukan tau apa nak jadi bulan depan tiba-tiba kereta kena masuk workshop ke, dah tak bleh nak simpan lagi RM50 tambahan tu……
Macam mana nak buat…..senang jer ambik RM50 ni siap-siap dan letakkan dalam mana-mana akaun yang takde ATM kad n takde online akaun  dan mesti cakap kat diri sendiri, ni aku beli sebab untuk kayakan diri aku… bukan orang lain…kalau aku beli handbag ikut nafsu aku kayakan company tu bukan diri sendiri… (yang kaya guess, CK, Coach, dan apa2 lah brand lain hehehehe) nak beli untuk reward diri sendiri boleh ajer…pakai duit lebihan yang lain, takde salahnya asalkan konsistan.
Rezeki :
Sedekah
Simpan emas @ apa-apa aset lain
Self Reward

Mulakan tindakan rakan2 sekarang ya…saya bantu untuk pencerahan dan guide anda dengan Emas Public Gold

Monday, November 4, 2013

Soalan Lazim tentang Emas Keluaran Public Gold

1) Syarikat Public gold in "establish" ker kat malaysia ini ?

   Yes.. sejak ditubuhkan pada 2008 sehingga sekarang masih lagi kukuh berdiri. Setiap negeri mempunyai cawangan untuk pengambilan stok.bagi memenuhi permintaan area lembah klang telah ditambah  lagi cawangan iaitu di Klang , Ampang , dan juga Kajang Dan sekarang didalam perancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa.

2) Betul ker emas Public gold ini  tulen ?

 Ye, dijamin ketulenan emasnya, dan disertakan dengan "assayer certificate" iaitu yang mengesahkan emas itu tulen. disamping itu disertakan no siri bagi setiap kad pengesahan itu.

3) Kalau beli emas Public Gold ini nanti nak pakai duit boleh jual balik ker ?

Sudah tentu, Public gold menjamin belian balik barangan public gold tak kira bengkok calar dan sebagainnya mengikut harga PG buy semasa. Tak pun carilah dealer-dealer public gold yang berhampiran dengan anda. kami mempunyai sebanyak 15,000 orang dealer diseluruh negara. nak lagi senang call saya. Saya akan beli emas anda.

4) Public gold ni Macam Syarikat MLM je ?

Bukan, Public gold adalah sama dengan kedai-kedai emas yang lain seperti Poh Kong, Tomei, Habib Jewel. Cuma public gold menjual emas yang lebih kepada pelaburan dan bukan emas perhiasan. Disamping itu, Public gold tidak mempunyai outlet jualan seperti kedai hanya cawangan sahaja untuk pengambilan stok. Jadi Public gold melantik Dealer-dealer sebagai kedai bergerak mereka dan memberi komisen jika membuat belian.Jadi kita boleh buat 2 dalam 1. Simpan sendiri dapat. Buat perniagaan pun dapat.

5) Kenapa mesti Memilih Emas Public Gold.

- Variasi produk dengan pelbagai jenis pilihan mengikut matlamat pelaburan
- harganya mengikut pasaran antarabangsa.
- "Spread" iaitu susut nilai yang sangat kecil. lebih cepat buat untung
- Jaminan belian balik
- Mudah untuk dijual dan stok sentiasa ada.


6) Boleh untung ker simpan emas ni ?

Dalam bull market sekarang ini.Sudah tentu. Cuma bagaimana keuntungan yang anda mahukan. Ingat investment is a plan not a product. walaupun ada emas sekalipun tetapi anda tiada perancangan, keuntungan anda tidaklah maksimum. Justeru mengapa saya memilih Public gold sebagai platform pelaburan juga bersebab kerana ia memberi keuntungan maksimum kepada saya.

7) Berapa nak mula pelaburan emas ini.

Tidak kisah, asalkan ada duit belilah emas.Kalau ada RM 1 juta belilah emas RM 1 Juta. tahun depan naik jadi RM 1.2 juta (kenaikan emas 20 % setahun ) Tak mampu beli emas belilah perak. Tukarkan simpanan wang kertas kepada komoditi lebih selamat dan terhindar dari inflasi.

8) Lepas beli emas nak simpan kat mana ?

Simpan la kat mana-mana dirasa selamat. kalau tidak simpan sahaja dibank. bayar setahun RM200 sebulan untuk safe deposit, pastu boleh la letak berkilo-kilo emas kat dalam tu.

9) Katakan kita beli emas, kemudian harga jatuh, kan dah rugi ?

Ingat didalam pelaburan memang ada untung rugi, tetapi anda tidak lagi dikira rugi sebab harga jatuh anda tidak lagi menjual emas anda. masih ada lagi dalam tangan, jadi bila masa plak anda rugi ? lagipun pelaburan emas ini adalah pelaburan jangka panjang iaitu 6 bulan keatas, bukan hari ini beli besok nak untung. ini bukan skim cepat kaya.

10) Bagaimana nak buat perniagaan emas ini tanpa ada modal ?

Yang ini kena call saya dan set pertemuan, saya ajar step by step. nak ikut ker tak terpulang. apa yang pasti saya sudah pun menyimpan emas. Menjadi pelabur dan juga perniagaan.

Public Gold best !!!!!

Bongkar !!! 3 Strategi Untuk Untung.

Bertemu kita lagi.

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan selamat datang kepada dealer rangkaian tokey emas. Diharap agar anda semua berada didalam keadaan yang baik. Dan kepada sesiapa yang ingin menjadi sebahagian keluarga kami. jangan segan untuk mendaftar ok.



Strategi amat penting untuk Kaya & Berjaya

Sempena harga emas yang tengah berada diparas yang rendah ini, saya tertarik untuk memberi beberapa tips penting bagi sesiapa yang ingin memulakan pelaburan emas dan perak ini. Ini kerana harga diparas ini amat sesuai untuk sesiapa yang ingin menjana keuntungan.

1) Beli item yang ber "spread" rendah.

Dengan pilihan emas yang spreadnya antara 4.5% - 8%. Public gold adalah pilihan terbaik setakat ini. Ini kerana jika pada paras harga rendah ini tiba-tiba kenaikan emas terjadi seperti bulan januari 2012 yang lalu dimana kenaikan sebanyak 8%. maka anda sudah pun boleh mengaut keuntungan ataupun sudah boleh balik modal.

contoh jika anda membeli emas 100g seketul dengan spread 5%, maka jika kenaikan emas 8% dalam masa terdekat ini, maka anda sudah pun untung 3% daripada emas 100g tadi.

Katakan emas 100g = RM18000. maka keuntungan adalah  RM18000 x 3% = RM 540.

2) Daftar sebagai dealer.

Istilah dealer ni ramai yang konpius. sebut pasal jadi dealer PG je, mesti  kena jadi jurujual. Ini adalah tanggapan salah. Konsep dealer didalam public gold ini adalah yang UTAMA nya untuk mengurangkan kadar " spread " apabila kita membeli emas ini.

Contoh katakan anda mendaftar sebagai Normal Dealer.  keistimewaan ND adalah seperti berikut

1- Setiap belian peribadi diberi komisyen -1.0%
2- Jual semula kepada PG/Dealer diberi komisyen -0.5%
3- Override ND rangkaiannya - 0.2%

Apa yang penting disini yang orang tidak nampak adalah komisyen belian dan jualan balik itu dapat mengurangkan kadar spread kita.

Contoh katakan anda membeli 100g tadi dan anda seorang Normal dealer.
kadar spread 100g adalah 5%, dan anda membeli sebagai dealer  mendapat komisyen 1%. jadi spread tadi dikurangkan menjadi 4%.

Didalam waktu terdekat ini jika kenaikan emas menjadi 8%. maka anda sudah pun untung 4%. kemudian anda  menjual emas anda pada Public gold. Pihak Public gold membayar lagi 0.5%. maka keuntungan anda adalah sebanyak 4.5% secara keseluruhannya.

Katakan 100g = RM18000. maka keuntungan anda adalah RM18000 x 4.5% = RM810

Dan yang paling Best. bila anda menjadi dealer, spread anda ini dapat dikurangkan sampai bila-bila. dan dengan Public gold maksimum spread anda boleh pegi sehingga  2.5%.

Woww.. spread 2.5% tu. sangat kecik. dan cepat menguntungkan.

3) Beli Dengan Lebih banyak.

Kepada sesiapa yang telah beli pada ketika harga Tinggi dan masih tidak menjual emas itu, maka sekarang adalah masa yang sesuai bagi membalancekan portfolio pelaburan anda.

Katakan anda membeli emas 1 dinar pada ketika RM800 sekeping dan anda tunggu harga naik lebih tinggi tak juga naik-naik. dan anda pun tidak membeli semenjak itu.Jadi pada ketika harga RM 1 dinar ini RM 743 saya syorkan anda membeli lagi 3 keping atau lebih.

rasionalnya

 RM800 - beli sekeping
 RM743 - beli 3 keping (total RM 2229 )


jadi total modal = RM 2229 + RM800 = RM3029
Purata sekarang emas anda adalah = RM 3029 / 4 = RM 757

Jadi sekarang anda sudah pun menurunkan RM800 tadi menjadi RM 757. Menarik bukan !!! tak semestinya beli emas pada ketika harga tinggi tidak boleh untung. yang penting ilmu.

Untuk impak keuntungannya anda perlu lah buat strategi ini, Kalau tak buat bagaimana nak tahu untung ke tidak. sebab emas ni memang kena buat, kalau tengok harga emas naik ke atau turun tapi  tak juga beli-beli maka tiada guna.

Keistimewaan Jadi dealer dibawah rangkaian saya. saya akan bagi strategi yang lagi power dari ini.
InshaAllah. anda berjaya maka saya pun berjaya.

Nak lock emas dari saya pun boleh, hubungi 0125344823. Hubungi saya untuk perkongsian teknik-teknik yang lebih menarik, dimasa ini cukup setakat ini. Jumpa lagi dilain masa.

Untuk perkongsian ilmu pelaburan emas dan perak secara percuma. Hubungi saya di talian 012-5344823 atau email hafnitalib@gmail.com "To save your family, buy gold." "To help our nation, keep gold." "To follow your religion, use gold."

Pentingnya Pelaburan Emas fizikal

Penting !!! Bacalah dan buat keputusan sebelum nilainya melonjak naik pada penghujung tahun ini

Dalam dunia yang semakin maju ini, sebenarnya kita telah lama ditipu dan juga dikaburi dengan kewujudan
Matawang yang dicipta oleh Sistem Kapitalis. Lebih teruk lagi kita mempercayai bahawa Matawang ciptaan mereka inilah Wang yang sebenar dan ianya wajar dijadikan sebagai simpanan dan ukuran kekayaan.

Tetapi hakikat ini adalah salah, kerana fungsi Matawang (Currency) adalah untuk digunakan dan bukan untuk disimpan kerana jika ia disimpan maka fungsinya sudah salah.Ramai orang menyangka bahawa masalah kewangan yang mereka hadapi ketika ini adalah disebabkan oleh kekurangan Wang kertas untuk mereka berbelanja dan juga disebabkan oleh ketiadaan Wang kertas dalam simpanan.

Tetapi sebenarnya masalah ini bukan disebabkan kekurangan Wang kertas, sebaliknya disebabkan oleh terlalu banyak Wang Kertas sehingga menyebabkan berlakunya lambakan di dalam pasaran. Ini kerana Wang kertas bukanlah sesuatu yang terhad sumber dan penghasilannya sebagaimana Emas dan Perak, sebaliknya ia boleh ditambah cetak pada bila-bila masa tidak kita seberapa banyak ianya diperlukan.

Jadi Untuk mengimbangkan lambakan ni, harga barangan keperluan akan dinaikkan kerana nak biarkan kesamaan antara lambakan wang kertas dengan barangan keperluan. Bermakna, lagi banyak Wang kertas kita semua simpan maka lagi kerap la ianya akan ditambah cetak dan jumlahnya semakin bertambah dipasaran dan harga barang keperluan semakin meningkat.




Dan pada masa yang sama, wang kertas yang anda simpan akan perlahan-lahan kehilangan nilainya kerana jumlahnya yang diperlukan untuk membeli sesuatu keperluan akan meningkat.

Jadi cara terbaik adalah tukarkan Wang kertas simpanan anda kepada wang sebenar iaitu aset Emas dan Perak, kerana dengan simpanan aset ini dengan sendirinya akan menaikkan nilai simpanan anda berbanding wang kertas.



Dan sekiranya ingin menggunakan wang kertas, tukarkan emas anda kembali kepada wang kertas, tapi bukan semua cukup sekadar yang diperlukan saja. Jadi pikirkan dan buatlah keputusan bijak. kita tidak boleh mengawal harga barang tetapi kita boleh menyelamatkan kewangan keluarga anda dan itu lebih penting bukan.

Untung ke pelaburan emas ini.

Saya biasa dengar orang ramai bertanya kepada saya. Untung ke pelaburan emas ini ???, saya kata Ya. memang menguntungkan pun.
Didalam dunia pelaburan emas ini. kita kena tulis barulah dapat tahu keuntungannya pelaburan emas kita, sama macam ASB. kita tahu untung apabila kita pegi update buku ASB kita, barulah kita tahu keuntungan pelaburan ASB. tapi bagi emas fizikal. kita sendiri yang perlu tulis.

Tak kisah la gunakan buku 555 ke, buku lajer akaun ke, buku matematik darjah 2 ke, tak kisah. janji tulis. supaya senang anda tahu betul ke tak untung pelaburan emas ini.

Saya bagi contoh seperti dibawah




Jika anda mempunyai modal RM20,000 dan mengandaikan kenaikan emas yang paling worst adalah 20% setahun. dalam masa 15 tahun emas anda telah menjadi RM 369,769 iaitu SUKU JUTA. Tak buat apa-apa pun. just simpan je. kalau anda simpan duit kertas dh sah-sah tak akan menjadi SUKU JUTA punya duit anda. lagi rendah value adalah.

Jika anda mula membeli emas dengan modal RM100,000 sekarang. Dalam masa 15 tahun emas anda bakal menjadi RM1.8Juta. wow!! banyak tu. itu pun saya mengandaikan harga emas meningkat 20% je setahun. kalau setahun 30%. heheheh anda tentukan la sendiri.

Katakanlah anda simpan emas RM 100k tak payah lama la. just amik 10 tahun dah cukup. Emas anda telah menjadi RM743,000. 10 tahun je.

Haa..Barulah nampak keuntungan kalau tulis kan. Kalau tak tulis sampai bila-bila tak tahu. betul tak..

Tips mencari introducer

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah yang telah memberi rezeki kepada saya.

Terima kasih saya ucapkan kepada pembaca blog saya. Meminjam kata-kata Dr Azizan "Semoga anda menjadi kaya dan kaya lagi"

Pada entry kali ini saya ingin mengupas tentang bagaimana mengenal pasti introducer yang baik. Memang seperti yang sedia maklum, jika menjadi dealer public gold, introducer akan bakal mendapat komisen setiap kali pembelian dari dealer-dealernya. dan komisen ini mengikut peringkat anda didalam public gold.

Saya cerita sikit tentang bagaimana saya mencari introducer yang terbaik dalam pelaburan saya. Saya mula berminat mengenai pelaburan emas ini sejak bermula dari tahun 2007 semasa saya mula-mula kerja dahulu. Namun disebabkan ketiadaan Modal dan juga kurangnya ilmu pelaburan adalah faktor saya menyimpan sahaja cita-cita saya untuk membeli emas.

Dan selepas itu saya mula menceburkan diri didalam bentuk pelaburan yang lain. Namun kesemuanya agak mengecewakan dan merbahaya.

Pada Awal tahun 2011, semasa saya mengeluarkan duit KWSP setelah 4 tahun bekerja. Saya berniat untuk memulakan 1 era pelaburan yang baru dalam hidup saya dan lebih selamat dan stabil. Jadi saya mula mencari-cari jenis pelaburan yang terbaik pada ketika ini. Dan Allah telah memberikan kembali ilham  kepada saya supaya membuat pelaburan emas dan perak.



"Sharing is Knowledge"

Dari situ la bermulanya saya mula mencari-cari pelaburan emas dan perak yang paling sesuai. Setiap hari saya mencari di internet pelaburan emas apakah yang paling terbaik pada ketika itu.Dan akhirnya setelah meneliti secara terperinci saya memilih pelaburan emas bersama Public Gold kerana ia adalah yang terbaik dan menepati konsep serta pelan pelaburan yang bakal saya lakukan.

Kemudian saya mencari introducer Public gold secepat mungkin dan ingin bertanya lebih lanjut. Ternyata beliau mempunyai ilmu yang lebih banyak didalam dunia pelaburan meskipun umur beliau lebih muda dari saya. Dari beliau saya belajar lebih mendalam tentang dunia pelaburan. sehingga kini saya masih lagi berkawan dengan beliau dan bertukar pandangan dan idea bagi menjana teknik manipulasi emas yang terbaru.

Ya. introducer adalah umpama guru kita. Paling penting kita kena cari introducer yang dapat membimbing kita didalam pelaburan dunia pelaburan bila kita mempunyai kemuskilan dan bukan seorang introducer yang hanya mahu mengaut keuntungan dari segi komisen sahaja.

Ada juga introducer yang hanya mahu mengaut keuntungan dari segi jualan sahaja dan tidak mahu langsung berkongsi ilmu dengan pelabur-pelabur. Pada saya, saya lebih suka menggunakan pendekatan "Sharing is Knowledge".  Bila kita share secara tidak langsung kita telah menambah ilmu kepada orang lain dan menambah "networking" bila kita mahu mencairkan emas kita nanti. Berpegang "Bila kita bagi 1 Allah akan Bagi 10 kepada kita".


Kerjasama antara anda dan "introducer" akan dapat mengurangkan risiko pelaburan melalui perkongsian ilmu dan maklumat

Jadi jika ingin mencari introducer, perkara pertama yang perlu kita titik beratkan adalah ilmu . Saya pun masih lagi belajar benda baru setiap hari. Dan apa salahnya kita belajar bersama-sama dan mengaut keuntungan bersama-sama.Bukan dengan Menjatuhkan antara satu sama lain. Saya menyeru supaya buangkan sifat hasad dengki ini kerana ia adalah kunci perpecahan ummah.


Setiap orang ada rezeki mereka masing-masing dan ilmu yang berkekalan adalah harta sebenar kita DISANA nanti.

jika ada sebarang kemusykilan tentang pelaburan emas. InsyaAllah saya akan cuba membantu anda dan bersama-sama menjana kekayaan dengan emas dan perak fizikal. Hubungi 012-5344823 untuk maklumat lanjut.

Pusingan modal adalah penting.

Selamat bertemu lagi kepada para pelabur emas dan perak diluar saya, terima kasih kerana masih lagi memilih untuk membaca blog saya ini.



Modal dan Keuntungan perlu seiring

Harga Emas dan perak dunia telah turun sekarang, jika mahu memulakan pelaburan emas dan perak masa inilah masa yang sesuai.

Didalam mencapai financial freedom. salah satu perkara penting yang perlu kita titik beratkan adalah mengenai modal.Banyak yang saya temui mereka tidak tahu bagaimana mahu menggunakan modal yang mereka ada.

Sebab itu mereka gagal untuk mengenal pasti pelaburan yang mereka ceburi itu berbaloi atau tidak.

Baik saya bagi tips yang basic :

1) Asing Modal - Sila asingkan modal anda dan ia tidak digunakan ketempat lain. Maksudnya modal inilah yang anda mahu gunakan untuk tujuan pelaburan bukan untuk benda lain. Jika anda untung, ambik keuntungan dan gunakan kembali modal asal anda yang mula-mula tadi untuk melabur kembali. Kena Disiplin.

2) Konsisten  - Beli secara berkala, naik ke turun anda tetap untung.Gunakan modal tadi dan beli secara berkala dan konsisten. bila capai keuntungan. "liquid " atau cairkan keuntungan dan asingkan modal kembali.

3) Pecahan - Pecahkan modal anda mengikut situasi semasa membeli emas. jika emas drop, beli 50% daripada modal anda dan lagi 50% standby untuk beli bila harga jatuh atau naik selepas itu sebab kita tidak tahu sentimen pasaran. kita pelabur bukan gambler, klau beli 100% kemudian kalau  harga selepas tu jatuh, kan rugi. dan kalau naik pun kita boleh buat averaging dengan sebelumnya. so win win situation untuk anda.

Boleh juga jadikan kesemua keuntungan anda tadi sebagai modal pelaburan anda yang baru dan menjana keuntungan yang lebih banyak lagi

Ini hanya tips basic saya berikan, jika mahukan yang lebih advance dan menjana keuntungan boleh masuk kelas 5B kami ok. atau pun jika anda beli emas dari saya, akan saya guide anda bagaimana mahu menggunakan modal anda denga betul dan efisyen mengikut situasi semasa.

" Beli emas dan perak sekarang,kemudian baru tunggu. Bukannya tunggu kemudian emas dah naik baru nak beli "

"sharing is knowledge"

Pelaburan Tidak Seperti Anda Fikirkan ?

Alhamdulillah syukur,
Semakin hari rezeki saya semakin baik. Selagi  kita berusaha, InshaAllah rezeki yang baik akan datang kepada kita. 

ok. kali ini saya ingin bercerita tentang Dunia Pelaburan emas. Sebenarnya Pelaburan emas ini tidak seperti
yang semua orang pikirkan. Ramai orang berpikir yang pelaburan ini adalah perkara yang menarik dan melibatkan banyak seperti

1)Risiko,
2)Nasib 
3)Masa
4)Keadaan semasa.

Malahan ramai juga yang kekurangan ilmu pelaburan telah dengan yakin dan berani memberi wang kepada orang lain untuk dilaburkan.Ini sangat bahaya. Ramai pelabur ingin membuktikan yang mereka lebih tahu dari
orang lain. jadi jangan terjebak dengan skim cepat kaya. atau pun kawasan sewaktu dengan nya.

Pelaburan yang sebenarnya ialah, sebuah plan. dan plan ini sedikit membosankan serta ditambah dengan proses mekanikal.kenapa saya berkata begitu. Ini kerana pelaburan ialah

1) menyusun pelan yang mudah 
2) membuat formula dan strategi dan
3) seterusnya membentuk sistem supaya anda dapat mencapai untuk menjadi kaya.

Dan pelaburan ini tidaklah terlalu berisiko, merbahaya dan juga sangat mengujakan seperti orang selalu fikirkan.Contoh pelaburan ialah seperti anda membuat kuih raya, anda mengikut saja resepi bukan. jadi jika kuih anda sedap. anda tidak perlu risau. jadi ikut resepi atau formula anda akan berjaya. Jadi mengapa ramai orang tidak mengikut resepi ini ? dan kenapa masih ramai tidak
menjadi kaya ?

Ini kerana manusia cepat boring, jadi bila mereka mengikut plan dan lama kelamaan mereka menjadi boring dan kemudian mereka mencari jalan pintas untuk cepat menjadi kaya. dan mencari lagi pelan lain dan boring. kemudian mencari lagi plan lain dan boring kembali sehingga seumur hidup mereka. itulah sebab kenapa mereka tidak menjadi kaya. Dan didalam islam sendiri kita telah diajar tentang ISTIQAMAH dan kelebihanya. Adakah anda masih ragu2 ?

"Most of people think that there are some magic to getting rich throught investing".
dan mereka juga berpikir yang pelaburan ini complex. tetapi didalam dunia pelaburan "simple is better than complex".

Jadi find plan dan "simple" strategi, "follow it" dan InsyaAllah. anda akan temui
kejayaan. Hubungi saya segera dan menempah emas fizikal anda sekarang. dan saya akan ajar teknik serta plan yang betul utk pelaburan emas. InshaAllah anda akan dapat mengubah kehidupan
anda.

Menjawab Soalan Panassss

Alhamdulillah dan tahniah kepada sesiapa yang sudah mula menyimpan emas dan perak fizikal. Saya doakan Diharap agar anda semua menjana keuntungan dengan semaksimum yang mungkin.Kepada yang telah menyertai rangkaian tokey emas juga saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah. jadi jika anda mempunyai masalah didalam pelaburan emas. boleh hubungi saya ditalian 012-5344823

Jangan lupa semasa membeli emas dan perak di cawangan public gold berhampiran anda. sila letak kan nama saya sebagai introducer ok (NORHAFNI BINTI MD TALIB -PG001291).              InshaAllah saya akan membantu saudara sekalian jika menjadi dealer dibawah rangkaian tokey emas.

Kali ini saya nak bukak topik panas sikit. Ada yang mengkondem saya kerana saya berniaga emas Public gold ini. Antara kata-kata mereka terhadap saya

" Kenapa menjual barangan keluaran bangsa lain. dan sampai bila nak jadi kuli batak cina. Mengkayakan mereka"


Jawapan saya mudah

Memang tidak dinafikan Public Gold ownernya Berbangsa Cina, Tapi matlamat saya bukan hanya setakat ini sahaja. Saya mahu menjadi kaya dan berjaya serta mengaut keuntungan dan public gold adalah tapak permulaan untuk saya berjaya.



Saya bekerjasama dengan mereka sebab saya ingin belajar dari mereka dan manfaatkan kepada bangsa saya sendiri supaya Cita-cita saya masih tinggi untuk melihat 10 orang terkaya di Malaysia terdiri dari bangsa saya sendiri.

Dan saya nampak potensi keuntungan saya secara maksimum hanya dengan Public gold. Bukan sebab saya nak mengkayakan mereka. Tapi saya nak mengkayakan diri saya sendiri.Bila saya dah kaya, barulah saya boleh kayakan keluarga saya serta rakan-rakan saya pula.seterusnya bangsa saya sendiri.


Bantu membantu

Sebab itu saya selalu tekankan, yang penting adalah "niat". Kalau niat dah tak betul macam mana bangsa kita nak maju. Pernah tak tengok cerita Seniman Bujang Lapuk lakonan S.Samsudin, P.Ramlee dan juga Aziz Satar.

Ada satu dialog diantara Ali (seorang pekerja distudio itu) dengan penjaga studio yang berbangsa Sikh ketika ketiga-tiga orang ini mahu mencari kerja di studio jalan Ampas.

Berikut sorotan dialognya

Ali : “Ini macam punya muka mahu jadi filem star ka?”
Singh bersahaja : “Lu pun satulah! Baru orang mintak kerja lu macam-macam cakap. Apa macam lu punya bangsa mahu maju?”


Ali terasa disindir dan terus menjawap untuk menutup kelemahannya.

Ali: “Ala, Singh lu bahasa sama gua nampak ni, Singh”.
Singh: “Bukan bahasa. Lu punya nasib lu makan, dia punya nasib dia makan. Apa salah kita makan sama-sama”.


Sungguh pedas dan siniskan cakap singh didalam cerita itu,  namun ada hakikat kebenarannya disitu. Sebab itu saya mewujudkan blog ini dan lakukan perkongsian ilmu bersama.

Niat saya ingin bersama-sama kita menikmati kemewahan bukan menghentam antara sesama kita. Yang penting kerja ini halal dan tidak timbul isu mengkayakan kaum tertentu.

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi,

‏أَ"Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326,
2/841)

Nabi Muhammad SAW mencagarkan baju besi baginda yang hanya digunakan untuk berperang, ini membuktikan hukum berjual beli dengan bukan Islam termasuk Yahudi adalah  harus selagi mana cara aqad dan urusniaganya bertepatan dengan kehendak Islam.

Hadis ini boleh dikatakan hujah terkuat bagi membenarkan umat Islam membeli barangan keperluan dari Yahudi hatta makanan dengan cara berhutang sekalipun.

Adakah saya bersalah jika berniaga emas dan perak walaupun syarikat ini milik seorang yang berbangsa cina ??

Pemikiran inilah yang akan membuatkan bangsa saya yang tercinta ini makin lama makin terpinggir dari segi ekonominya.

Bila kita berjaya, orang akan cakap "buat apa kerja bawah bangsa lain, kayakan bangsa lain".

Bila kita gagal , orang akan cakap "Padan Muka, tula sapa suruh buat,Ko mesti tak berjaya punya".

Hakikatnya ramai yang nak lihat kita "GAGAL"berbanding nak lihat kita "BERJAYA". itulah realiti bangsa saya sendiri.

Saya pernah terbaca 3 kisah menarik

Kisah 1

Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari . Apa ada dalam fikiran melayu ? Sayang kucing ? Kucing makan banyak ?

Jawapan cina, " Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan . bagi duit mesti taknak . Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia ."

Kisah 2

Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk , hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik . Satu hari gadis itu tiada , setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England . Apa ada dalam fikiran melayu ? Kedai buruk tapi duit banyak ? Bergadai tanah atau meminjam dari orang ?

Jawapan cina , "Saya dari keluarga Lim , bila anak saya nak pergi belajar , semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin . Tak perlu bayar balik , bila Lim miskin sudah jadi kaya , Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula ."

Kisah 3 

Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid , bajet hanya 20 ribu . Dicari kontraktor melayu . Apa dalam fikiran kontraktor melayu ? Sebut harga hanya 20 ribu katanya . Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina . Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu .

Jawapan cina ," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang , tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah ."

Dan jangan terkejut. Semua kisah Diatas adalah BENAR. Renungkan

Saya bukan nak membanggakan bangsa lain dan mengkondem bangsa sendiri. tidak sama sekali. Saya seorang yang beragama Islam tapi saya sedih mengenangkan masih ada dikalangan bangsa saya sendiri yang mempunyai sifat serta sikap yang sedemikian rupa.

 Renungkan diri kita dan muhasabah diri, betulkan niat dan lakukan dengan ikhlas, InsyaAllah Pasti ada  hasil.

Apa-apa pun segala-galanya terletak kepada anda. Anda yang menentukan portfolio pelaburan anda.

Yang buruk datang dari saya, dan yang terbaik dari Allah jua.


Untuk perkongsian ilmu pelaburan emas dan perak secara percuma. Hubungi saya di talian 012-55344823 atau email hafnitalib@gmail.com "To save your family, buy gold." "To help our nation, keep gold." "To follow your religion, use gold."

Monday, October 21, 2013

Jadi Dealer ( Pengedar) Emas Public Gold dengan Modal RM5k++???

Sebenarnya saya nak update sikit kat semua, sebab ramai yang call tanya tentang promosi ni..depa tau kata ada promosi ni tapi depa tak paham apa pon..kikiki. kesiannya…takpa2..meh sini saya nak cerita.. promosi apa yang depa tak berapa paham tu?? Mulai 15 Oktober 2013 hingga 31 Disember 2013, ada promosi yang paling best untuk pelanggan-pelanggan, tak kisah la pelanggan baru ka pelanggan lama janji dia masih belum jadi dealer.
Jom kita tengok syarat2 / ciri2 promosi ni:


Terms and Conditions / Terma dan Syarat /条款及条件

ELIGIBILITY/ KELAYAKAN/ 促销条规 
1. Protecting your wealth Instantly by Joining us as an Advance Customer with RM5K and above of Public Gold Products in total value (Single Invoice).
Jadilah Advance Customer (AC) kami dengan memiliki produk-produk Public Gold RM5K dan ke atas dalam satu invois serta melindungi kekayaan anda serta-merta.
保护您的财富只需区区 RM5K 或以上单收据于大众黄金产品,您即可成为我们的高级客户(AC)。

2. Share and popularize this opportunity with your friends & family. On top of that, every referral will be entitled for Extra Bonus as follow:
Berkongsi peluang yang baik ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda. Melalui peluang ini, setiap Advance Customer (AC) akan mendapat bonus tambahan seperti berikut:
这个千载难逢的机会,应与您的家人朋友分享。 通过推介您将获得额外奖励如下:

3. Dealers will be entitled for greater benefit: The MORE you SHARE!! The MORE you GAIN!!
Pengedar akan mendapat manfaat yang lebih : Semakin BANYAK anda BERKONGSI !! Semakin BANYAK anda MENDAPAT !!
消费商将享有更大的好处:分享得越多!获得的也更多!
4. This promotion is valid for purchases via internet, mobile application, ESOS, call in and walk in.
Promosi ini adalah sah untuk pembelian melalui internet, ESOS, aplikasi mudah menerusi talian atau mengunjungi cawangan terdekat kami.
此促销活动可通过互联网,手机移动应用,ESOS,电话连接及亲临我们的分行购买。
5. This promotion is based on first come first served basis (paid order), limited to the very first 200 Dealership only.
Promosi ini terhad kepada 200 pengedar yang pertama dengan bayaran penuh sahaja.
这促销活动是基于先到先得,首两百位高级客户而已。
6. For enquiry, please call our customer hotline: 604-643 9999 or email : enquiry@publicgold.com.my
Untuk pertanyaan, sila hubungi talian khidmat kami: 604-643 9999 atau e-mel: enquiry@publicgold.com.my
如有疑问,请致电客户服务热: 604-6439999 或电邮:enquiry@publicgold.com.my
7. Public Gold management reserves the right to amend the terms and conditions without any prior notice.
Pihak Pengurusan Public Gold berhak untuk meminda terma-terma dan syarat tanpa memberi sebarang notis.
大众金行管理公司将保留修改条款及条件的权利,亦无须事先通知。

Ok, apa sebenarnya semua ni??

Sebenarnya, public gold nak habaq kata la ni, untuk pelanggan-pelanggan yang membuat pembelian emas (tak kisah la emas apa pon, takpon silver (perak) janji produk public gold) sebanyak RM5k++ dalam 1 resit, pelanggan-pelanggan ini akan bergelar Advanced Customer (AC)

Apa kelebihan AC??

Advanced Customer atau AC ni boleh bertindak sebagai pengedar public gold tapi tak secara sepenuhnya. Lepas AC dah beli emas sebanyak RM5K++  dia boleh promote kat kawan2/famili/musuh atau sapa saja untuk beli emas.
Jika dia melantik 2 orang lagi customer AC (yang beli RM5k++) dengan dia sebagai introducer, dia akan mendapat voucher RM100.
CONTOH:
Katakan saya seorang pelanggan public gold, beli emas dalam 1 resit RM5k++, saya akan digelar sebagai AC.
Kemudian, saya promote kat kawan2 saya, saya kata ” jom la beli emas public gold, banyak kelebihan emas public gold ni, spread rendah, mudah dibeli, calar bengkok patah pon public gold terima balik..bla..bla..bla..bla..bla.. pastu tengok2 2 orang kawan saya ni nak beli emas jugak dengan nilai RM5k++ setiap seorang. Sorang nama hasan sorang nama hashim.
so hasan dan hashim ni juga turut bergelar AC sebab depa pon beli rm5k++
jadi, saya dah ada 2 orang AC di bawah saya (saya introducer depa 2 ni). Jadi, public gold akan bg RM100 (voucher)
kemudian, saya promote lagi kat kawan saya, dia pon beli RM5k++, so public gold bagi rm50 voucher dekat dia. Promote lagi kat sorang lagi customer, dia pon beli RM5k++ jugak so dapat la lagi RM50 voucher..
katakan saya promote punya promote, tgk2 dah ada 5 orang AC di bawah saya. Then, tanpa berlengah lagi, saya pon call public gold, saya cakap, saya dah ada 5 orang AC kat bawah saya. So public gold akan upgrade anda sebagai Pengedar Sah public gold atas usaha gigih anda itu tadi :)
So bila dah jadi Dealer, secara automatik la anda akan dapat kelebihan2 sebagai pengedar :)
Ada sebarang soalan? boleh emelkan soalan2 anda di hafnitalib@gmail.com atau 012-5344823

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN NI…HANYA BERMODALKAN RM5K++ SAHAJA
Sekian, Assalamualaikum.

Tuesday, October 15, 2013

Kecairan dan juga matlamat pelaburan

Dalam pelaburan Emas dan Perak konsep kecairan adalah penting, Emas dan perak fizikal hanya memberi kenaikan dari segi  nilai atau pun "capital gain" sahaja. Justeru untuk mendapatkan keuntungan ataupun "profit" anda perlulah menjual emas dan perak fizikal anda barulah anda mendapat  "cash"  dan inilah yang dipanggil kecairan.



Emas keluaran Public Gold adalah yang terbaik  untuk dicairkan
 
Jadi jika anda membeli emas dan perak fizikal anda hendaklah tahu dimana mahu menjualnya kembali untuk mendapatkan untung.Walaupun anda membeli berkilo-kilo emas dan perak tetapi susah untuk dicairkan tiada
guna juga.

Dan kebanyakan orang mereka lebih suka melabur didalam skim yang memberikan pulangan secara bulanan.Ini kerana mereka tidak mahu susah-susah tentang kecairan ini. bagi modal dan kemudian tunggu pulangannya.

Tetapi bagi saya ini adalah sangat-sangat berisiko kerana kebanyakan pelaburan emas dan perak jenis skim ini hanya akan menunjukkan kenaikan emas dan perak sahaja.

Cuba kita reverse balik, jika harga emas turun. adakah mereka akan membeli emas kita dan memberi pulangan yang sama setiap bulan?

Sudah pasti syarikat tidak akan membeli emas anda jika mereka sudah pun rugi. Ramai berkata bahawa emas tidak akan turun, tetapi adakah anda sudah mengkaji atau mengikut sahaja kata-kata orang ?

Emas pernah tidak naik selama 10 tahun. Jika anda dapat bertahan selama 10 tahun tanpa mengusik emas anda, tahniah !! anda memang seorang yang kaya.Tetapi bagi golongan pertengahan serta miskin yang sangat-sangat sentiasa  memerlukan cash adalah amat sengsara selama 10 tahun melainkan terpaksa let's go emas itu bagi menampung kehidupan.

Ada juga syarikat yang menggunakan teknik pajakan sebagai modus operandi. 35% kita bayar ke syarikat kemudian baki 65% lagi kita bayar setelah mendapat cash dari pajakan. seterusnya, kita membayar bulan-
bulan untuk menebus emas kita tadi barulah emas tadi menjadi milik kita.Jika emas naik takpe, tetapi jika nilai emas turun macam mana cerita plak ??

Selepas 6 bulan apabila menukar surat pajakan sudah tentu anda perlu membayar lebihan cash lagi,
saya tidak mahu sebut syarikat apa tetapi anda boleh kaji sendiri ok. sekadar memberi
penyedaran. tepuk  dada tanya akal anda.

Mungkin anda sudah pun mengaut keuntungan kerana anda sudah lama menyimpan dalam skim ni tetapi ingatlah sejarah bakal berulang, bagi yang ingin memulakan pelaburan emas ini janganlah terjebak.

FIZIKAL lagi bagus, anda pegang. at least anything happen kat syarikat, emas masih ada
dalam tangan. dan tanpa pajakan pun anda masih mampu menjana keuntungan.Bermula dari sikit takpe janji selamat. Pelaburan bukan skim cepat kaya, hari ini masuk besok untung.



 
Sebab itu kena tahu matlamat pelaburan. Jika matlamat sebagai simpanan jangka panjang seperti untuk berkahwin atau pun naik haji goldbar 999 serta silver 999 adalah yang terbaik.

Tetapi jika untuk simpanan jangka pendek, Emas Dinar adalah pilihan terbaik kerana jika inginkan "cash" cukup sekadar menjual dinar emas anda sekadar yang perlu sahaja.tak kan nak pakai RM400 anda perlu menjual goldbar 20g anda. sudah tentu jual 1 dinar sudah memadai.

Menjadi kaya bukan suatu pelumbaan, ilmu pelaburan yang penting. semoga anda cepat sedar dan mulakan langkah pertama anda dengan  betul, hubungi saya untuk bimbingan dan teknik manipulasi emas. jika nak tempah emas anda beli lah beberapa ketul dari saya k.

Thursday, October 3, 2013

Teknik Mengambil Untung Pelaburan Emas

Dulu start modal RM6,000 dapat beli 10 keping 1 dinar. Sekarang kalau jual semua 10 keping dapat la RM7,300. Ingat nak jual semua untuk ambik untung, tapi kalau nak beli balik nanti, harga dah mahal. Mana untungnya simpan emas?

Ni antara kekeliruan biasa pelabur emas. Kalau melabur dalam ASB atau Tabung Haji, dapat la dividen setiap hujung tahun. Tapi melabur dalam emas ni tak tahu bila boleh kaut untung. Nak jual tapi takut harga mahal bila nak beli balik nanti…
Pendapatan Tunai, Bukan Simpan Emas?

Yang keduanya, saya nampak sebahagian besar pelabur emas sebenarnya berminat dapat untung dalam bentuk pendapatan TUNAI macam dividen. Untung tu nanti mereka boleh gunakan. Mereka bukan sangat nak simpan emas. 

Sebab tu ada syarikat pelaburan emas yang tawarkan pendapatan ‘hibah’ atau ‘saham emas’ mendapat sambutan hangat oleh pelabur emas walaupun telah disenaraikan oleh Bank Negara sebagai pelaburan tak sah. Orang tetap berdegil nak join dengan 1001 alasan walaupun bagi saya, ia bakal senasib dengan Swiss Cash. Bagi saya, mereka semua bakal berkubur, cuma masa jer menentukannya…

Untuk makluman sahabat semua, sebenarnya dengan pelaburan emas fizikal pun kita boleh dapat untung TUNAI macam tu. Cuma kita perlu tahu teknik asas dan kena fine tune mindset sikit. 

Yang paling penting, teknik ni sah dan pelaburan kita sangat selamat. Sahabat semua perlu buat ‘trading’ at least setahun sekali.


Mindset Mengukur Keuntungan

Pertama, mesti ukur keuntungan dari sudut wang TUNAI, bukan berapa GRAM emas yang anda ada. Jangan peduli berapa gram emas yang kita ada sebab matlamat kita ialah nak dapat EXTRA CASH.






Katakanlah start melabur dengan modal RM60,000. 
Masa tu boleh beli 100 keping 1 dinar i.e. RM600 sekeping x 100 = RM60,000. 
Lepas setahun simpan, harga jual balik (PG Buy) dah naik ke RM700 sekeping. 

Untuk dapat untung, jual kesemua 100 keping syiling 1 dinar tu. Dapat la RM70,000 (RM700 x 100 keping). 

Sekarang ni, asingkan keuntungan RM10,000 (RM70,000 – RM60,000) daripada modal asal.


Harga Emas Paling Rendah & Tinggi

Ikut pada pemerhatian saya berdasarkan 5 tahun harga emas :-

harga paling rendah untuk sesuatu tahun tu ialah pada awal tahun, sekitar Januari – Februari. 

Dan harga paling tinggi ialah sekitar September – November. Bulan Disember biasanya harga turun sikit disebabkan ramai pelabur mencairkan pelaburan untuk ambil untung. 

Ini sekadar pemerhatian umum jer.

Jadi, kalau nak buat untung TUNAI, beli awal tahun, jual akhir tahun. 

Lepas jual, kira berapa EXTRA CASH yang ada ditangan. Duit modal asal tu simpan dulu dalam Tabung Haji untuk dapat dividen sebelum start balik belian baru.


Start Beli Semula Awal Tahun

Bila masuk tahun baru, beli balik emas dengan modal asal RM60,000. Katakanlah harga 1 dinar masa tu RM710 (harga PG Sell). Dengan modal RM60,000, kita dapat beli 85 keping 1 Dinar i.e. RM710 x 85 keping = RM60,350. Kena top up sikit RM350.

Untung pelaburan emas - belian semula

Kat sini ramai orang akan confuse! Emas cuma dapat 85 keping jer sedangkan tahun sebelumnya, kita dapat beli 100 keping… 

Saya ulang sekali lagi, jangan peduli berapa keping emas yang anda ada sebab anda bukan nak simpan emas. 

Anda adalah pelabur yang nak dapat untung TUNAI. Jangan sampai jatuh hati dengan emas kalau matlamat anda ialah untung TUNAI… (“,)


Wealth Protection, Bukan Untung Tunai?

Lain la macam saya. Saya simpan emas untuk WEALTH PROTECTION. Saya tak peduli harga emas tinggi rendah, tapi yang penting, harta saya disimpan dalam bentuk emas, bukan duit kertas yang pasti dimakan inflasi. Saya tak peduli sangat harga tinggi rendah. Saya tak fikir pun nak dapat pendapatan macam dividen Tabung Haji. Dan saya tak fikir pun nak makan duit untung tu.




sumber perkongsian  : 
Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2012/09/teknik-mengambil-untung-pelaburan-emas.html#ixzz2fI9yrVCC

10 Kesilapan Pelabur Emas!


Post image for 10 Kesilapan Pelabur Emas!

Amazon Gutschein
Sekadar nak berkongsi perkara penting buat pelabur emas dan perak iaitu tentang 10 kesilapan biasa pelabur emas. Saya berkongsi ni sebab saya tengok ramai yang buat kesilapan remeh yang sepatutnya boleh dielakkan kalau dia ada ilmu. Kekadang saya terkilan juga kesilapan tu dilakukan oleh kawan-kawan rapat sendiri. Kalau dia tanya saya dulu sebelum mula membeli emas, saya rasa dia boleh elakkan, insyaAllah.
10 Kesilapan Pelabur Emas
Jadi, untuk elakkan kesilapan tu, saya dedahkan 10 daripada kesilapan biasa pelabur emas berdasarkan pengalaman saya sendiri dan dealer-dealer yang otai. Moga ianya bermanfaat:
Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu
Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan sekalipun. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana seminar tentang pelaburan emas untuk belajar terus dari yang pakar.
Kesilapan #2: Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama
Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab anda belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.
Kesilapan #3: Membeli barang kemas
Barang kemas PERHIASAN kurang sesuai untuk PELABURAN. Barang kemas dikeluarkan tujuannya ialah cantik dan menarik sedangkan emas pelaburan dikeluarkan untuk tujuan keuntungan pembeli. (1) Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan (2) kos upahnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. (3) Spread atau susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%. Kecuali barang kemas khas yang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti barang kemas i-series Public Gold dan Sri Ayu.
Barang Kemas 02
Barang kemas bukanlah emas terbaik untuk tujuan “pelaburan”.
Kesilapan #4: Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas
Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain sebab ia dijual mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e. www.fgjam.org.my, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dan tak boleh hilang resit dsb. Kalau buka seal, emas tu dianggap sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%!
Buy Back Poh KongSyarat jual balik emas Poh Kong. Mesti ada resit, dan seal berkeadaan baik.
Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat
Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread (susut nilai) sekitar 4% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh. Jadi, kalau nak beli emas, guna duit yang memang tak pakai at least setahun.
graf pergerakan harga emas 10 tahunHarga emas ada turun naik dalam jangka pendek. Kalau beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat, pergerakan harga emas mungkin boleh mengganggu tidur malam yang lena.
Kesilapan #6: Pinjam duit untuk beli emas
Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.
pelaburan emas dengan pinjaman
Pelaburan emas terdedah kepada ‘risiko’ turun naik harga yang mungkin boleh mengganggu tidur yang lena bagi sesiapa membeli dengan duit pinjaman.
Kesilapan #7: Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain
Emas paling murah, jual balik pun murah. Emas paling murah tak semestinya terbaik untuk pelaburan. Emas lelong di ar-rahnu belum tentu menguntungkan. Dakwaan ada kedai emas jual emas harga murah pun belum tentu menguntungkan. Kita kena ambil kira juga kadar spreadnya (susut nilainya), permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.
Kesilapan #8: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul
Terbukti, lebih ramai orang rugi berbanding buat untung dengan memajak emas di ar-rahnu. Umumnya, teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak secara mendadak, (2) Duit pinjaman ar-rahnu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Dan antara tips penting untuk memajak emas di Ar-Rahnu, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.
Kesilapan #9: Membeli emas fizikal di bank
Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet & ia berseal. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima bila nak jual balik, anda akan rugi 25% sebab terpaksa jual emas tu sebagai ‘used gold’ di kedai emas.
emas kuwait finance house pamp suiseEmas yang dijual di bank biasanya berseal begini. Sekali buka seal, anda rugi 25%!
kijang emas maybankKijang Emas (Maybank) tak berseal. Tapi tak boleh hilang sampul & resit asal. Dan pastinya tak boleh calar, kemek dsb.
Emas public gold kemek calarPublic Gold (bukan Public Bank) jamin beli balik emas tu samada calar, kemek, atau bengkok. Ini disebabkan Public Gold adalah kilang emas yang mengeluarkan sendiri emas tersebut. Bukan sebagaimana bank yang membeli emas dari pihak ke-3.
Kesilapan #10: Menjual emas ditempat yang salah
Emas senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa, tapi tempat terbaik menjual emas ialah di mana anda membelinya sebab anda akan dapat harga tertinggi. Kalau beli emas Public Gold, jual balik kepada Public Gold, bukan ke kedai emas atau kepada pengeluar lain. Kalau anda jual ke kedai emas, anda akan rugi sebab mereka akan kenakan spread (susut nilai) sekitar 25%, sedangkan kalau jual semua kepada Public Gold, spreadnya cuma sekitar 4.5% – 8% jer. Itulah ‘rule’ jual balik apa-apa jenis emas sekalipun. Jadi sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (susut nilai) yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.
Kurangnya Ilmu, Punca Utama 10 Kesilapan
Oh, satu lagi, punca utama kesilapan berlaku ialah tak ada ilmu untuk melabur. Ramai yang jenis ikut-ikut jer. Walaupun dah dekat setahun melabur, saya always update ilmu saya tentang pelaburan. Ingat, lagi tinggi ilmu kita dalam sesuatu pelaburan, lagi besar untung yang kita boleh dapat.
Semalam, saya habis baca ebook terbaru iaitu pasal Teknik Sebenar Pelaburan Silver! Oh, kalau buku ni dijual setahun yang lalu, mungkin saya boleh dapat untung hingga 100% berbanding 25% apa yang saya dapat sekarang.
Ringkas cerita, saya cadangkan sahabat semua dapatkan dan baca 2 ebook yang saya jadikan main reference dalam pelaburan emas dan perak setakat ni iaitu:
Ebook Pelaburan Emas dan Pelaburan Silver
Saya berani syorkan dua ebook ni sebab saya sendiri dah baca dan saya tahu nilai sebenar ebook-ebook tu. Kalau harganya RM200 sebuah pun, ia masih bebaloi.
Sebuah Buku, Jimatkan Masa Kita 10 Tahun
Nanti saya akan berkongsi pasal eBook Pelaburan Silver tu, insyaAllah. Itu ilmu terbaru yang saya dapat. Banyak rahsia-rahsia didedahkan, antaranya ialah rahsia yang dibuat dealer-dealer emas otai! Nasihat saya, jangan takut untuk melabur dalam ilmu, ia memang berbaloi sebab sebelum start gold investment dulu, saya khatamkan buku Syukor Hashim dulu baru start melabur! Beli ebook RM80, dan untung 25%! Sekarang ni, saya baru jer masuk fasa kedua pelaburan dengan baca buku pasal silver pulak. InsyaALlah, belajar cara buat untung 100% pulak! Beli ebook RM100, untung 100%, insyaAllah…
Memang tak akan sama orang berilmu dengan tak berilmu. Orang berilmu, buat perkara yang sama dengan cara berbeza.
Wallahu a’lam.

p.s. Kesilapan #11: Menyertai SKIM PELABURAN EMAS yang menjanjikan pendapatan tetap. 
Untuk makluman sahabat, kaedah sebenar pelaburan emas ialah macam beli barang kemas jer. Beli harga rendah, jual masa harga tinggi. Kalau ia menjanjikan pendapatan bulanan secara tetap, kena hati-hati sebab kebanyakkan SCAM/ PENIPUAN pelaburan emas beroperasi cara macam tu.


3 Kisah Sebenar. Anda Boleh Rugi Dengan Gadaian Emas di Ar-Rahnu Jika…..

Salah satu kelebihan emas adalah ia boleh dicairkan kepada tunai dengan mudah.

Anda boleh menggadaikan emas anda di Ar-Rahnu.
Lepas tu boleh pinjam 75% ke 80% cash daripada nilai emas anda.


Duit itu anda boleh gunakan mengikut keperluan anda.

Memang best simpan emas. Mudah dicairkan kepada tunai. Cepat dan selamat.



Gambar: Contoh institusi Ar-Rahnu ialah Ar-rahnu @ Pos.

errr… jangan seronok lagi… Ar-Rahnu juga boleh mengundang padah kalau tersalah langkah.

Ini kerana apabila anda menggunakan kemudahan pinjaman Ar-Rahnu, terdapat 3 kemungkinan:

1. Anda untung
2. Anda mungkin untung @ mungkin rugi
3. Anda rugi

Untuk artikel ini, saya akan memfokuskan 3 kemungkinan dimana penggunaan Ar-Rahnu boleh merugikan anda.

1. Lepas gadai tak tebus. Akhirnya emas dilelong. Adoi!!*@&#@^&)(!&@
2. Masuk skim belian emas  secara 30:70
3. Selepas gadai, tak boleh bayar balik. Sangkut di dalam Ar-Rahnu.

i. Kes 1: Emas yang digadai tidak ditebus. Akhirnya habis kena lelong.

Adalah menjadi tanggujawab penggadai untuk menebus kembali emas yang digadai + membayar upah simpan.

Jika penggadai tidak menebus emas ini maka pihak Ar-Rahnu ada hak untuk melelong emas tersebut dan mengambil kembali hutang mereka + upah simpan + kos-kos pentadbiran (seperti kos lelongan, notis etc). Jika ada lebihan wang maka Ar-Rahnu akan memulangkan kembali wang tersebut kepada penggadai.

Kerugian akan berlaku jika emas anda dilelong pada harga diskaun 20% (mengikut pengiraan institusi Ar-Rahn). Berapalah sangat lebihan yang anda boleh dapat bila emas anda dilelong sebegitu murah?

Bayangkan anda beli emas dan bayar harga penuh, bila gadai dapat 75% ke 80% sahaja. Kalau dibiarkan emas anda kena lelong pasti anda rugi. Tambahan lagi kalau emas anda kena lelong ketika harga emas tengah rendah.

Ini adalah gambar emas-emas yang dilelong oleh sebuah Ar-Rahnu bank di Melaka. Bulan September 2013. Nilai keseluruhan barangan yang dilelong mencecah RM120 ribu ringgit. Pemiliknya membiarkan saja emas mereka yang cantik nie kena lelong. Sedih betul.

Yang lebih sedih ialah kebanyakan pemilik emas ini adalah mangsa skim belian emas menggunakan Ar-Rahnu 30:70 (juga dikenali dengan skim 35:75). Baca kisah selanjutnya di bawah.





emas_lelong
Gambar: Sebahagian emas-emas yang dilelong kerana tidak ditebus.



ii. Kes 2: Mangsa skim 30:70 (pinjam Ar-Rahnu untuk beli emas)

Apa perasaan anda jika anda kehilangan 90% modal dalam “pelaburan emas Ar-Rahnu?”

Inilah yang terjadi kepada Puan Azizah bt Ahmad (gambar)

Beliau terjerat dengan skim belian emas menggunakan Ar-Rahnu. Skim ini dianjurkan oleh sebuah syarikat di Kedah.


mangsa_skim_ar-rahnu
Gambar: Puan Azizah, mangsa skim 30:70 menggunakan Ar-Rahnu

Beliau datang berjumpa saya ketika saya berada di Alor Setar dan bercerita pengalaman terjerat dengan skim 30:70.

Beliau bercerita “Syarikat yang saya join ini mengadakan ceramah pelaburan emas di Hotel Seri Malaysia Alor Setar pada tahun 2012″.

“Di dalam ceramah yang dianjurkan oleh syarikat tersebut, penceramahnya menggunakan unsur-unsur agama bagi meyakinkan orang yang hadir” kemudian ditambah lagi dengan hujah harga emas sentiasa meningkat.

“Anda untung simpan emas” kata penceramah itu lagi.

Di akhir ceramah, hadirin diumpan dengan satu tawaran “menarik”

Penceramahnya berkata “Dengan hanya modal RM4000 anda boleh membeli emas 50 gram (barang kemas) yang bernilai RM9000. Modal tuan-tuan hanya RM4000, kami akan tambah lagi RM5000″.

“Baiknya hati syarikat nie. Nak tambah RM5000. Mereka nie ikhlas nak tolong orang ramai memiliki emas” kata beliau di dalam hati.

Apa lagi tunggu… beliau terus mengeluarkan duit simpanan RM4000 untuk membeli emas daripada syarikat ini.

Rupa-rupanya…

Syarikat tersebut buat skim 30:70

Pembeli membayar modal RM4000. Lepas tu mereka dibawa ke Ar-Rahnu sebuah bank. Syarikat tersebut menggadaikan kesemua 50 gram (barang kemas) di atas nama pembeli.

Hasil gadaian untuk keseluruhan emas semuanya diambil oleh syarikat.

Laa…. rupanya pembeli dapat surat gadaian untuk 50 gram emas. Tak bolehlah nak simpan emas tersebut sebab dah dijadikan cagaran kepada Ar-Rahnu.

Selepas itu, barulah puan Azizah mula nampak masalah yang datang.

1. Setiap bulan kena cas upah simpan. Duit kena keluar.
2. Bagaimana nak tebus emas 50gram nie?. Modal dah tak ada!
3. Syarikat suruh buat overlap surat gadai untuk bayar upah simpan.
Tapi overlap tu menambahkan hutang lagi!
4. Tak ada jaminan beli balik emas oleh syarikat berkenaan.
Kalau emas sangkut kar Ar-Rahnu kena selesai sendiri.
5. Bila jual kat pihak ketiga, susut nilainya tinggi. Rugi lagi
6. Bila jual pulak harga emas tengah jatuh. Rugi lagi!

Setelah setahun menanggung beban upah simpan. Beliau tak mahu teruskan lagi simpanan di Ar-Rahnu. Beliau mati akal bagaimana nak cari duit RM5000 + upah simpan dan keluarkan emas tersebut dari Ar-rahnu. Kalau dibiarkan, nanti kena lelong. Lagi teruk. Boleh hilang modal terus.

Akhirnya beliau meminta pihak Ar-Rahnu untuk mencari pihak ketiga yang boleh membantu membeli emas beliau.

Setelah pihak ketiga menolong tebuskan barang tersebut, puan Azizah cuma dapat emas + duit yang berjumlah RM400 sahaja.

Cuba anda bayangkan. Modal asal RM4000. Tinggal RM400 ajer.

Ini adalah kerugian 90% daripada modal. Sangat besar bagi puan Azizah kerana beliau tidak bekerja. RM4000 itu pun adalah duit simpanan selama ini.

p/s: Ada rakan Puan Azizah yang kerugian RM4000 kerana tidak mendapat emas. Wakil syarikat lesap.

 
Kes iii: Selepas gadai, tak boleh bayar balik.
Emas sangkut di dalam Ar-Rahnu. Upah simpan berjalan….


Saya dapat emel dari seorang pembaca blog jutawanemas. Anda baca kat bawah.


tak_boleh_tebus_emas

Daripada emel ini, masalah timbul kepada kak Yati kerana:

1. Duit hasil gadaian emas telah dibelanjakan ke tempat lain. Dah abis :(
2. Bila tiada wang untuk tebus, maka kak Yati terpaksa menanggung upah simpan
3. Dah 2 tahun bayar upah simpan, modal masih tak ada. Kesian kat kak Yati.
4. Sampai bila kak Yati nak tanggung upah simpan nie?
5. Nak overlap? tambah hutang? nanti lagi susah.
6. Emas 37.5 gram itu tidak banyak membantu sebab nilainya kecil. Kalau digadaikan pun, nilainya cuma boleh membantu menampung upah simpan

Antara jalan penyelesaian yang dicadangkan kepada kak Yati adalah:

1. Akak ikhtiarkan untuk cari pendapatan sampingan, buat business part-time ke, online business ke untuk dapat income. Income ini boleh guna untuk bayar upah simpan dan sebagai modal untuk penebusan. Tak lah sakit sangat berbanding kena tanggung upah simpan menggunakan duit gaji.

2. Kalau harga emas naik tinggi contohnya USD1900 atau USD2000 se Oz, akak jual emas nie kepada pihak ketiga. Tapi kena buat pengiraan dululah (nilai emas semasa tolak susutnilai, tolak upah simpan).  p/s: Akak tak perlu jual semua emas tu. Kalau saya di tempat akak, saya akan jual nilai emas yang cukup untuk lepaskan kesemua emas yang sangkut di Ar-Rahnu nie.

3. Kalau akak staff government dan boleh buat personal loan dengan interest rate less than 5%, then buat loan dan langsaikan hutang di Ar-Rahnu. Sebab kos upah simpan di Ar-Rahnu adalah sekitar 9% ke 9.6% setahun. So gunakan hutang interest rendah untuk ‘membunuh’ hutang interest lebih tinggi.

Bagaimana memastikan anda untung dengan Ar-Rahnu?

keuntungan_emas

Pastikan anda gunakan wang dari gadaian untuk menjana lebih banyak keuntungan, contohnya pusingan modal berniaga.

Sekiranya anda tidak pasti boleh untung atau tidak, maka gadaian anda termasuk di dalam kategori “Anda mungkin untung @ mungkin rugi”

Kesimpulan:

Setiap pelaburan memerlukan ilmu. Emas sangat menguntungkan, namun jangan tersalah langkah. Contoh diatas adalah cerita terbaik tentang kerugian yang dialami pelabur dan penyimpan emas.

Jika anda masih baru dengan dunia emas, mulakan dengan membaca buku EnSyukor Hashim , “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” Lawati www.publicgoldbar.com & untuk maklumat lanjut.

Anda boleh sms, whatapps atau wechat saya di talian 0125344823

Sumber ilmu   :   http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/bagaimana-menjana-keuntungan-dengan-pinjaman-ar-rahnu/