"EMAS ADALAH PENYIMPAN NILAI KEKAYAAN YANG SEBENAR OLEH ITU REBUTLAH PELUANG YANG DITAWARKAN OLEH PERUNDING EMAS, ANDA AKAN MERASAI KEUNTUNGANNYA"

Friday, March 29, 2013

Memikirkan Kegagalan atau Mengalami Kegagalan ?? Mana lebih Baik

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang masih lagi tidak putus memberi rezeki kepada saya, dan dengan rezeki ini saya akan zahirkan dengan ilmu yang saya ingin kongsikan secara PERCUMA kepada para pembaca sekalian, Jadi jangan lupa. tambahkan ilmu anda didalam pelaburan ya..nak tau lebih lanjut.boleh datang seminar yang diadakan setiap bulan.

Semalam semasa berjumpa dengan seorang pelanggan saya, saya sempat menjemput Rakan merangkap sifu saya datang bagi memeriahkan perjumpaan kami.Walaupun beliau didalam "mode" sibuk namun dapat juga beliau meluangkan sedikit masa untuk kami. ternyata kami dapat berkongsi maklumat serta pendapat yang bermanfaat bersama-sama.

Jadi untuk itu, saya ingin mengutarakan beberapa topik perbincangan kami semalam dan diharap juga, para pembaca blog emaskaya dapat manfaat bersama-sama.

Sila lihat tajuk entry pada kali ini, apakah perbezaan antara memikirkan kegagalan dengan mengalami kegagalan ?

Saya bagi contoh mudah.

Seorang tua menyuruh dua orang budak yang bernama Ahmad dan Ali pergi ke kedai membeli sayur. Ali seorang yang negatif, belum pun pergi dia telah pun berfikir beberapa persoalan didalam perjalannya ke kedai

  1. Bagaimana jika hari Hujan.
  2. Bagaimana jika tak cukup duit yang ingin dibawa untuk membeli sayur.
  3. Bagaimana jika bertembung dengan anjing liar

Dan akibatnya Ali membuat keputusan untuk TIDAK pergi ke kedai bagi mengelakkan perkara buruk berlaku terhadap dirinya.Lain pula cerita pada Ahmad, selepas dia tahu apa tujuannya, dia terus pergi menuju ke kedai.walaupun dia tahu segala perkara yang Ali cakap itu akan berlaku, namun dia tidak mengaku kalah.

Semasa didalam perjalanan, hujan turun dengan lebat. jadi Ahmad berhenti berteduh di bus stop dan menunggu sehingga hujan berhenti. Setelah Hujan reda barulah Ahmad meneruskan perjalanan.

Tiba-tiba anjing liar mengejar Ahmad, dan Ahmad pun berlari cuba mengelirukan anjing tadi, dan dia cuba melepasi anjing liar tadi namun tidak berjaya. pelbagai cara dia mencuba namun dia tidak berjaya. Dengan tidak semena-mena dia mendapat idea menghalau anjing tadi dengan menggunakan kayu, ternyata berhasil.  Ahmad meneruskan perjalanannya lagi.

Sampai sahaja dikedai. beliau mula memilih sayur yang ingin dibeli, namun malangnya duit yang dia bawa tidak mencukupi. Jadi Ahmad mendapat akal mencari di kedai yang  lain yang menjual sayur yang sama.Dan ternyata usahanya berhasil. dia menjumpai kedai yang murah serta sayur yang dijual juga sangat segar berbanding dikedai yang sebelumnya.

Dan dia kembali ke rumah dengan Sayur ditangan dan berjumpa kembali orang tua itu dan orang tua tadi menghadiahkan Ahmad dengan Upah yang lumayan, Semenjak itu setiap kali orang tua itu  ingin membeli sayur. Ahmad lah yang akan disuruh dan Ahmadlah yang akan mendapat upah.

Bgi Ahmad pula. dia sudah tahu bagaimana mahu berteduh jika hujan berlaku, dan jika anjing liar engejar apa yang perlu dilakukan. Dan lagi best dia sudah tahu kedai mana perlu ditujui bagi  mendapatkan keperluan. bahkan kesemua orang tua dikampung itu telah menyuruh dia pergi ke kedai. dan upah  dia semakin bertambah dan menjadikan dia antara kanak-kanak yang paling KAYA pada ketika itu

Tamat.




Kesimpulan moral of story,
Ahmad adalah seorang yang berani mengalami Kegagalan. namun dia bangkit walaupun pelbagai rintangan dilalui, dan mengajar dia menjadi lebih baik, semakin banyak rintangan semakin banyak yang dia pelajari. dan akhirnya perkara itu menjadi semakin mudah.dan upahnya semakin bertambah.
Begitu juga di dalam pelaburan serta perniagaan emas. pada permulaan bukannya mudah, saya juga dahulu mula menyimpan emas hanya dengan dinar. namun sikit-sikit, tambah "networking", tambah ilmu. tambahkan modal.


Berbanding Ali yang hanya asyik memikirkan kegagalan. tapi tak bergerak-gerak juga. dan akhirnya.
tiada apa yang berlaku. begitu juga dalam pelaburan emas. jika anda terlalu memikirkan perkara negatif sahaja dan tidak juga menyimpan emas maka sampai bila-bila pun anda tidak akan kemana-mana.

Jadi Mengalami Kegagalan adalah lebih bermakna daripada Memikirkan kegagalan

Waima anda tengok harga emas hari-hari pun dan kaji bertahun-tahun lamanya namun jika anda masih lagi tidak menyimpan emas, keuntungan yang anda mahukan PASTI tidak akan anda temui. Jadi mulai hari ini. sedialah mengalami kegagalan dan bukan asyik memikirkan kegagalan. kerana semakin kuat gagal, makin kuat la anda didalam kehidupan dan semakin TINGGI peluang untuk berjaya.

Allah telah jadikan kita sama sahaja. sebab itu kebanyakan orang KAYA berasal dari susah. yang penting bagaimana kita mahu menjadi KAYA dan apakah langkah-langkah perlu kita ambil bagi mencapai matlamat kita itu. Usaha , usaha dan terus berusaha.

Berjumpa lagi pada akan datang.
 
Nak tempah emas anda boleh hubungi saya 0125344823