"EMAS ADALAH PENYIMPAN NILAI KEKAYAAN YANG SEBENAR OLEH ITU REBUTLAH PELUANG YANG DITAWARKAN OLEH PERUNDING EMAS, ANDA AKAN MERASAI KEUNTUNGANNYA"

Wednesday, October 10, 2012

Potensi Dirham lebih Power !!!

Bertemu lagi kita. Weekend lepas pergi ambil stok. Alhamdulillah. Ada juga rezeki saya. Harap-harap rakan-rakan serta para pembaca sekalian juga sudah pun menjana keuntungan dengan teknik yang saya tulis diblog ini.

Sekarang ini, pelaburan emas dan perak telah pun mencapai tahap sangat popular. Pelbagai syarikat telah pun mengeluarkan komoditi ini mengikut dan masing-masing ada kekuatan masing-masing. Tapi saya masih lagi tetap memilih emas PUBLIC GOLD kerana spreadnya masih lagi rendah berbanding emas keluaran lain. Jadi tujuan kena jelas OK.

Entry saya pada kali ini ingin saya terangkan tentang Silver atau dalam bahasa melayu dipanggil perak. Ramai yang tidak nampak potensi silver ini. Yelah semua orang asyik mencari emas je maka terlepas pandang komoditi berharga yang satu lagi ni.

Silver bukan sahaja lebih murah berbanding emas, malahan harganya juga amat mampu milik bagi golongan yang ingin menceburkan diri didalam pelaburan. sebab itu saya sendiri juga telah pun menyimpan koleksi silver sebagai aset simpanan saya sendiri.

Public Gold sendiri juga telah mengeluarkan silver didalam bentuk Jongkong yang terdiri daripada pelbagai variasi berat diantara 100g sehingga 1000g (sekilo).




Target !!! 10 Dirham setiap Bulan

DIRHAM

Saya selalu mendapat pertanyaan mengenai DIRHAM. adakah DIRHAM Ini silver. Jawapannya YA. dirham adalah silver.

Beratnya telah ditetapkan.Umar alKhattab selaku Khalifah Umat Islam, telah menetapkan :

”(berat) 7 dinar perlu bersamaan 10 dirham”

jadi 1 dinar = 4.25g. maka 10 dirham = 7 x 4.25g = 29.75g

Oleh sebab itu bagi mengembangkan lagi pelaburan emas dan perak di Malaysia. Public Gold telah mengeluarkan silver didalam bentuk Dirham yang mampu dimiliki.


Strategi Pelaburan Dirham

Disebabkan harganya yang murah. saya syorkan ia dijadikan simpanan setiap bulan. kalau dinar susah sikit. sebab harganya yang agak mahal. namun bagi yang tidak berkemampuan. silalah simpan dirham ini secara berkala. Daripada anda menyimpan duit kertas Rm100 setiap bulan. lebih baik anda menyimpan 10dirham. harga lebih kurang sama. namun dirham lebih tinggi kenaikannya berbanding wang kertas.

Anda juga boleh membuat penukaran daripada dirham ke dinar apabila sampai masanya. jadi dirham dapat dinar pun dapat. sapa kata modal yang sedikit tidak boleh melabur didalam emas dan perak fizikal. yang penting anda berusaha.

Cuba bayangkan, anda mula menyimpan dirham mulai bulan ini, dan perhatikan apabila setahun anda sudah pun mendapat 120 Dirham. kan banyak tu. sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Analisis silver @ dirham

Silver ini telah ramai diperkatakan sebagai "future gold". Ini kerana harganya pada awal keluarannya tidaklah begitu berharga, namun sejak akhir-akhir ini dengan kepesatan teknologi telah membawa satu lembaran baru pada komoditi ini.



Harganya semakin meningkat dan mendapat permintaan tinggi, pernah terjadi pada tahun 2011. harganya melambung dengan begitu mendadak dan telah mencecah 100% kenaikan. Pada ketika itu ramai yang baru tersedar tentang kewujudan silver ini.

Ini kerana silver banyak digunakan didalam barangan yang berteknologi seperti Harganya agak vilotile, namun harganya masih lagi berlegar-legar diparas yang rendah sebelum berlakunya kenaikan yang mendadak seperti apa yang telah berlaku pada 2011.

Dirham jadikan simpanan kekal. Beli 10 dirham setiap bulan. pasti akan memberi kesan kepada kewangan anda


Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. hafnitalib@gmail.com 012-5344823 

Monday, January 9, 2012

Bagaimana Mengenal Pasti Keuntungan Pelaburan Emas & Perak Fizikal

Bertemu lagi kita.

Secara umumnya seperti yang kita tahu. Emas dan Perak adalah suatu komoditi pelaburan bagi jangka masa panjang. Dan ia tidak memberikan pulangan secara bulanan. Jika anda berpikiran tiap-tiap bulan nak dapat untung maka pelaburan emas fizikal Public Gold bukanlah untuk anda. Carilah skim-skim pelaburan yang lain yang bersesuaian dengan anda.

Ramai yang bertanya kepada saya. Kalau invest RM10,000.00 berapakah pulangan yang akan dapat ?

Jawapan saya sama sahaja dari dahulu sehingga sekarang.

Untung atau Rugi hanya dapat ditentukan ketika anda menjual emas anda dan bukan pada waktu anda membeli emas.

Saya bagi contoh  ilustrasi mudah. Ini bagi "beginner" dalam pelaburan emas dan perak

1) Beli Ketika harga Tinggi & Jual pada Harga lebih Tinggi = Untung
2) Beli Ketika harga Rendah & Jual pada Harga Tinggi = Untung
3) Beli Ketika harga Tinggi &  Jual pada Harga Rendah = Rugi
4) Beli Ketika harga Rendah & Jual pada Harga lebih Rendah = Rugi

Jadi Gunakan formula diatas untuk menjana keuntungan. Mudah Bukan.

Dan bukannya saya suruh menjadi jurujual bagi "mencairkan " emas anda. Cari orang dan jual (Walaupun berlipat kali ganda Untung ) Namun Cukup sekadar menjual balik kepada Public Gold. Lagi senang. Tak pening kepala nak jual. Carilah Branch yang berhampiran dengan anda.

Ataupun carilah mana-mana Dealer Public Gold yang berhampiran dengan anda. Kalau nak Jual balik dengan saya pun boleh

baiklah saya buktikan kepada anda dengan cara mudah.



Ketika saya membeli emas pada 13/5/2011 harga 1 Dinar pada ketika itu adalah RM686 / pcs dan



Jika saya masih lagi menyimpan sehingga ke hari ini dan menjual semula ke Public Gold. PG Buy RM699.
maka saya sudah pun Untung. Walaupun keuntungan saya tidak lah seberapa namun apa yang pasti saya untung.

Dan itu tidak lagi termasuk komisen belian dan jualan & kalau ada customer lagi.... Lagi la bertambah untung bukan!!. yang penting ilmu pelaburan.Kalau berjumpa saya secara terus saya akan memberi bimbingan dan reveal la skit bagaimana dapat menjana keuntungan lagi dengan pelbagai teknik yang lain dengan cara yang paling simple untuk anda faham.

Jadi mulakan pelaburan emas dan perak fzikal anda sebelum harga mencecah lebih tinggi